berita

Ibu Hidap Kanser Hati Tahap 3, Abang Kurang Upaya, Anak Muda Jadi Rider Sara Keluarga

February 15th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, seorang pakar motivasi yang dikenali sebagai Raja Shamri, berkongsi sebuah kisah mengenai tiga beranak yang hidup dalam kesusahan di Pasir Mas Kelantan. Lebih menyedihkan, pasangan suami isteri ini sedang terlantar sakit dan perlu menjaga anak mereka yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Tidak mampu urus diri sendiri

Hari ini kita sukerelawan The 3rd Force seramai empat orang , telah mengunjungi satu keluarga asnaf disini. Kita tiba lebih kurang jam lima petang atas maklumat sahabat terdekat yang mana merupakan seorang cikgu di sini. Ketibaan kami di sambut oleh anak-anak keluarga ini sendiri. Mohd Nawi bin Mohamad 80 tahun merupakan seorang halaqah , mengajar di surau-surau sekitar Pasir Mas, tetapi sekarang keadaan kesihatannya amat menyedihkan kita semua. Bukan sekadar dirinya sahaja, Mohd Nawi diuji Allah lagi dengan penyakit isteri tersayang Kheriah bt Hj Ahmad 69 tahun. Kheriah di serang kanser hati di tahap 3, tidak dapat menguruskan diri sendiri. Lebih menyedihkan kita semua, perut Kheriah membuncit seperti orang mengandung.

Menurut Raja Shamri, sukarelawan The 3rd Force sempat mengunjungi keluarga Mohd Nawi, petang semalam. Mereka sedih melihat keadaan kesihatan Mohd Nawi dan isterinya, Kheriah yang menghidap penyakit kanser hati tahap 3. Tambah Raja Shamri, wanita tersebut tidak dapat menguruskan dirinya sendiri. Tambahan, perut wanita itu kian membuncit. Sudah jatuh di timpa tangga, pasangan ini diuji lagi apabila Allah hadirkan anak syurga buat mereka iaitu Mohd Akmal Ehsan yang kini berusia 31 tahun. Mohd Akmal seorang OKU dan hanya mampu terlantar,   tidak mampu menguruskan diri sendiri dan hanya mampu minum susu serta nestum sahaja. Keadaan rumah mereka  juga sangat menyedihkan.

Perasaan pilu dan sebak turut diluahkan oleh Raja Shamri semasa melihat keadaan sekitar rumah keluarga tersebut.  Mengulas lebih lanjut, anak-anak yang lain tidak pernah mengabaikan ayah dan ibu mereka tetapi mereka turut kais pagi makan pagi, kais petang minum petang.

Demi kasih sayang dan tanggungjawab

Mereka bertiga kini dijaga oleh anak lelaki bungsu iaitu Nasaei. Demi kasih sayang dan tanggungjawab pada ibubapa tercinta dan abang oku tersayang , Nasaei sangup tinggal dikampung dan bekerja sebagai runner makanan walaupun pendapatan tidak seberapa. Nasaei rela walaupun bilik tidurnya hanya berlantaikan tanah dan hanya ditutupi dengan tikar getah sahaja. Semua itu tidak penting , yang penting adalah kewajipan pada orang tuanya. Pada pandangan kita mereka bertiga perlukan kerusi roda, tandas yang sempurna dan lantai rumah yang perlu ditukarkan dengan segera. Tidak ketinggalan atap rumah yang perlu kita semua perbaiki dengan menukarkanya. InsyaAllah, kita semua keluarga besar thirdforce bantu ya

Semasa kita sampai tadi , Mak Cik kheriah berada didalam kereta , hendak dibawa kerumah anak perempuannya kerana keadaan tandas yang sangat tidak sesuai dengan dirinya di sini. Anak perempuannya juga hidup serba sederhana di tempat lain. Keadaan Mak Cik kheriah yang perlu didukung untuk ketandas amat tidak selesa dimana bila didukung dirinya akan kesakitan. Kanser tahap 3 yang makin merebak ini pastinya ujian yang sangat besar dan maha hebat.

Jelas Raja Shamri, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memberikan bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada Mohd Akmal dan bantuan tersebut sedikit sebanyak telah meringankan beban keluarga ini. Ujarnya lagi, mereka turut memberi sumbangan bantuan awal dari Yayasan Raja Shamri hasil sumbangan masyarakat semua. Mereka turut memberi barangan keperluan seperti lampin pakai buang, susu, nestum dan barangan dapur buat keluarga tersebut.

Sumber: Raja Shamri

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×