Zaman kegawatan sekarang ini semua orang bekerja keras untuk menampung kehidupan seharian. Yelah nak menyahut seruan menteri supaya melakukan dua kerja, baru lah boleh hidup. Sampaikan tak ada masa dengan anak-anak pun ada.
Namun, Ibu ini pulak dah mula menerapkan nilai-nilai murni pada anaknya dari kecil lagi. Mana taknya kecil-kecil dah diajar berniaga mengikut sunnah Rasulullah kan. Bagus betul. Jual makanan ikan pun boleh untung RM 6 tau.
‘Mama, roti ni dah expired, kenapa mama simpan?’
‘Hana, ambil penimbang di dapur, kita kena timbang biar adil dan sama rata 30 gm….’
‘Hana kena akad jual 25gm bukan 30gm, kira 5gm tu extra sedekah…..’
Alhamdulilah, bersusah dalam kehidupan pasti akan dapat ganjaran yang tinggi nanti. Cayalah adik Hana. Mana tahu nanti boleh jadi usahawan berjaya pulak kan.
sumber : telekung project