Tanggungjawab sebagai seorang ibu adalah untuk mendidik dan melindungi anak-anak. Tetapi lain pula kisahnya kali ini apabila seorang ibu tergamak ‘melacur’ anak perempuannya kepada lelaki yang tidak dikenali semata-mata kerana inginkan duit.
Ibu ‘jual’ anak
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan yang dipetik daripada Tribunnews, si ibu yang berusia 42 tahun itu telah bertindak melacurkan anak perempuannya berusia 19 tahun dengan harga 350,000 rupiah iaitu kira-kira RM100 untuk layanan ‘short time’. Lebih mengejutkan apabila mengetahui wanita Indonesia berkenaan melakukan perbuatan terkutuk itu hanya kerana mahukan wang untuk membeli dadah.
Menurut sumber, perbuatan itu disedari oleh pihak polis selepas menerima laporan daripada orang awam mengenai kegiatan buruk wanita terbabit. Pihak polis kemudian menjalankan siasatan terhadap kedua beranak ini dan pihak polis akhirnya berjaya menyerbu satu hotel yang dikunjungi mereka.
Mangsa dalam bilik dengan pelanggan
Sekadar gambar hiasan
Setibanya di sana, pihak polis telah menemui mangsa yang berada di dalam bilik hotel bersama pelanggannya sementara si ibu berada di lobi hotel. Semasa soal siasat, suspek mengaku telah melacur anak perempuannya itu sejak setahun yang lalu untuk memperoleh wang bagi membeli barangan keperluan dapur dan membeli dadah.
Walau bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.
Sumber: Tribunnews