berita

Ibu Kantoi Buat Projek Atas Katil Dengan Rakan Sekelas Anak…

July 21st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita bergelar ibu kantoi berdua-duaan di atas katil bersama seorang remaja lelaki. Lebih mengejutkan apabila mengetahui sebenarnya remaja tersebut merupakan rakan sekelas anaknya sendiri.

Artikel Berkaitan: Influencer Sarat Hamil Bongkar Suami Ada Skandal, Rupanya Dah 3 Kali Buat Projek Dalam Rumah Sewa

Artikel Berkaitan: Syok Buat ‘Projek’ Sampai Bogel & Terbaring Atas Meja Kelas, Aksi Panas Dirakam CCTV, Disaksikan Pelajar Lain

Ibu skandal dengan rakan sekelas anak

Memetik laporan Thaiger, perbuatan tersebut terbongkar apabila si suami mengekori pergerakan si isteri selepas mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Menurut Li, 42, yang bekerja di wilayah Guandong, dia berkahwin dengan isterinya sejak 18 tahun lalu dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata berusia 16 tahun.

Baru-baru ini, Li pulang ke rumahnya tanpa pengetahuan sesiapa termasuklah anak dan isterinya namun siapa sangka, apabila memasuki bilik tidur mereka, dia melihat wanita itu sedang berdua-duaan dengan seorang remaja lelaki yang hanya memakai pakaian dalam. Lebih mengejutkan, remaja lelaki itu merupakan rakan sekelas anaknya.

Kisah pasangan itu telah tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya menyelar tindakan wanita itu yang sanggup menjalinkan hubungan sulit dengan rakan anaknya yang masih di bawah umur.

Netizen turut bersimpati terhadap anak pasangan itu yang terpaksa menyaksikan perbalahan ibu bapanya dalam satu kejadian yang memalukan.

Sumber: Thaiger

SKIP THIS AD ×