
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberikan penjelasan berhubung isu seorang lelaki yang didakwa melafazkan talak dengan mengaitkannya kepada keputusan final Piala Dunia 2026.
Artikel Berkaitan: Suami Lafaz Talak Sebab Isteri Hamil Penat Nak ‘Bersama’, Alasan Susah Nak Mandi & Cangkung
Artikel Berkaitan: Argentina Tewas, Terima Tamparan ‘Paling Memalukan’ Di Final World Cup 2026
Penjelasan talak

Menerusi tangkap layar perbualan mesej yang tular, lelaki tersebut didakwa membuat pertaruhan dengan rakannya bahawa dia akan menceraikan isterinya dengan talak tiga sekiranya pasukan Argentina tewas dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2026.
Majoriti ulama daripada mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali berpendapat bahawa talak yang digantungkan dengan sesuatu syarat akan jatuh apabila syarat tersebut benar-benar berlaku.
Berdasarkan pandangan jumhur, Apa yang dilafazkan suami itu:
“Kalau Argentina kalah, isteriku tertalak tiga.”
Kemudian syarat itu benar-benar berlaku, iaitu Argentina kalah, maka talak tersebut jatuh mengikut pandangan majoriti ulama.
Bersandarkan kepada peringatan Rasulullah SAW, Zulkifli menegaskan bahawa setiap Muslim perlu menjaga tutur kata mereka serta tidak mudah menjadikan nikah, talak dan rujuk sebagai bahan gurauan.
Kerana itu, seorang mukmin hendaklah sentiasa menjaga lisannya.
Ada kalanya satu lafaz hanya mengambil beberapa saat untuk diucapkan atau hanya bergurau, tetapi kesannya boleh mengubah seluruh kehidupan.
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tiga perkara yang seriusnya dianggap serius dan gurauannya juga dianggap serius: nikah, talak dan rujuk.“
Dapatkan rujukan

Justeru, beliau menasihati pasangan terbabit untuk mendapatkan rujukan daripada mahkahkah berkenaan masalah tersebut.
Saya menasihatkan pasangan yang berdepan situasi seperti ini supaya segera merujuk ke Mahkamah Syariah atau pejabat agama yang berkenaan bagi mendapatkan pengesahan dan penyelesaian mengikut hukum syarak serta undang-undang yang berkuat kuasa.
Terdahulu, seorang wanita mendedahkan suaminya didakwa menjadikan lafaz talak sebagai taruhan dalam perlawanan akhir Piala Dunia iaitu antara Argentina menentang Sepanyol.
Menerusi tangkap layar perbualan mesej, lelaki tersebut didakwa membuat pertaruhan dengan rakannya iaitu dia akan menceraikan isteri dengan talak tiga jiwa pasukan Argentina tewas dalam perlawanan bola sepak itu.
Sumber: Threads





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

