berita

Ibu Kecewa Anak Tak Dapat Nombor 1 Dalam Kelas, Tertekan Lihat Pelajar Lain Cemerlang

November 25th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Ibu bapa sudah pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Namun pencapaian akademik bukanlah satu-satunya kayu ukur kejayaan. Prestasi yang dianggap kurang cemerlang bukanlah noktah dalam menjadi yang terbaik. Apatah lagi setelah semua usaha telah dilakukan, semuanya berbalik soal rezeki masing-masing.

Jangkaan untuk melihat anak meraih semua A dan menerima anugerah dalam mata pelajaran diambil perlu diubah sedikit demi sedikit. Jika dapat seperti diimpikan, pujian patut diberikan, tapi jika tidak, adalah tidak wajar memarahi anak sehingga membuatkan mereka tertekan.

Mesti pressure dapat mak macam ni

Menerusi Twitter Aida Sue, wanita ini berkongsi satu kisah di mana seorang emak sangat tertekan apabila anaknya tidak memperoleh keputusan yang cemerlang semasa peperiksaan. Tambahnya, wanita itu turut melakukan segala persediaan buat anaknya sebelum peperiksaan berlangsung. Namun, keputusannya tidak memberangsangkan.

Ekoran daripada kisah itu, Aida meluahkan pandangannya bahawa wanita tersebut tidak perlu memberi tekanan buat anaknya, malah wanita itu perlu mendidik anaknya menjadi insan yang berguna, street smart dan mempunyai sahsiah yang baik sebagai manusia.

The children will grow up with low self-esteem

Menerusi Twitter seorang pakar psikologi yang dikenali sebagai Aiman, dia memberitahu bahawa ibu bapa yang memberikan tekanan buat anak-anak mampu menyebabkan anak itu kurang keyakinan diri dan sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang diperoleh walaupun mereka memperoleh kejayaan. Pada masa yang sama, dia memberitahu bahawa anak-anak akan berasa kurang kasih sayang juga.

Parents dia mungkin berkerjaya

Rata-rata netizen meluahkan perasaan marah mereka berhubung kisah ini. Menurut netizen, sebagai ibu bapa mereka seharusnya memberi kata-kata semangat buat anak-anak bukannya menunjukkan kemarahan apabila keputusan yang diperoleh kurang memuaskan.

Sumber: Aida Sue & Aiman Psikologi

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×