berita

Ibu Kejam Bunuh, Buang Anak Dalam Plastik Berisi Mainan Akibat Cemburu

October 6th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Anak merupakan kurniaan Tuhan yang harus dijaga dan disayangi dengan sebaik mungkin. Di Largo, Brazil, seorang ibu sanggup membunuh anaknya sendiri yang berusia tiga tahun. Lagi tragis, anaknya diletakkan di dalam beg plastik berisi mainan milik anaknya.

Kejamnya!

Foto:Mirror UK

Wanita yang dikenali sebagai Caroline Carrilho Correia, 29,  mengaku bahawa dia telah membunuh anak lelakinya yang dikenali sebagai Isaac Carrilho Barbosa dan bertindak meninggalkan mayat Isaac di sebuah hutan berdekatan. Menerusi bedah siasat, Isaac dipercayai mati akibat tercekik.

Tiada motif bagi pembunuhan tersebut tetapi ada dakwaan yang mengatakan Caroline merasakan dirinya sering diabai oleh suami sendiri kerana suaminya sering memberi tumpuan penuh kepada anaknya.

Cuba bunuh diri

Foto: Mirror UK

Caroline juga bertindak untuk membunuh diri selepas anaknya meninggal dunia. Dia ketika itu ditemui di tebing sungai berdekatan rumahnya dan dipercayai ia merupakan cubaanya untuk membunuh diri. Kini dia sedang menjalani penilaian psikiatri sebelum dihadapkan ke mahkamah bagi tindakan selanjutnya.

Sehingga kini, suaminya masih belum bercerai dengan isterinya yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×