berita

Ibu Khai Bahar Meninggal Dunia Dalam Tidur

January 3rd, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Khai Bahar

Ibu kepada penyanyi Khai Bahar iaitu Rosnah Mohamad, 62, dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 11.00 malam Selasa.

Artikel Berkaitan: #SFMM38: Khai Bahar Pikul Tanggungjawab Tiga Komposer

Meninggal dalam tidur

Khai Bahar

Berita duka itu dikongsikan oleh pengurus Khai yang dikenali sebagai Jai menerusi hantaran di Instagram Story.

Saya pengurus yang mewakili pihak Khai ingin memaklumkan bahawa Mak Ros (panggilan ibu Khai) telah meninggal dunia sebentar tadi (malam Selasa) di Perlis.

Proses solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Sementara itu, adik kepada Khai yang dikenali sebagai Syakira Baharuddin berkata ibu mereka meninggal dunia dalam keadaan tidur.

Mohon sedekah al-Fatiha buat ibunda tercinta Rosnah binti Mohamad, mak pergi dalam keadaan tidur.

Terdahulu, pelantun lagu Bayang itu ada berkongsi mengenai masalah kesihatan yang dialami ibunya yang menderita penyakit buah pinggang.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×