berita

#SFMM38: Khai Bahar Pikul Tanggungjawab Tiga Komposer

December 16th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Khai Bahar

Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38) menyaksikan sebanyak tiga buah lagu nyanyian Khai Bahar berjaya dipertandingkan.

Artikel Berkaitan: #SFMM38: Aina Abdul Menang Besar! ‘Jangan Mati Rasa Itu’ Diumumkan Lagu Terbaik & Lagu Pilihan Penaja

Artikel Berkaitan: Ernie Zakri ‘Rebut’ Dari Nadeera, Bakal Berentap Di Pentas SFMM38 Esok

3 buah lagu

Khai Bahar

Tiga buah lagu tersebut terdiri daripada satu nyanyian solo dan dua adalah secara duet.

Bagi lagu solo, Khai tampil menerusi lagu berjudul Oh! Wanita ciptaan sepenuhnya Harry Khalifah.

Manakala, bagi lagu duet pertama, Khai digandingan dengan Liza Aziz menerusi lagu Kaulah Syurga ciptaan Asfan Shah dan lirik daripada Siti Rosmizah.

Sementara itu, lagu duet kedua Khai bergandingan dengan Nabila Razali menerusi lagu Selagi Ku Ada ciptaan sepenuhnya Amylea Azizan.

Khai berjaya menyampaikan lagu Oh!Wanita dan Kaulah Syurga dengan cemerlang pada saingan hari pertama SFMM38 yang berlangsung pada Jumaat.

Manakala bagi lagu Selagi Ku Ada, Khai dan Nabila bakal tampil pada hari ketiga saingan yang berlangsung pada 17 Disember ini.

SFMM38 bersiaran secara langsung selama tiga hari berturut-turut dari 15 Disember 2023 hingga 17 Disember 2023, pukul 3.00 petang dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.

SKIP THIS AD ×