Ibu kepada pelakon dan penerbit, Liyana Jasmay iaitu Datin Habshah Simpon (Ramlah) dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi Jumaat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Makin Lama Makin Hitam, Macam Orang Kampung,’ – Liyana Jasmay Tak Kisah Kena ‘Face Shaming’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kongsi Gaya Rambut Baru, Liyana Jasmay Kekal Awet Muda
Al-fatihah
Berita duka itu dikongsikan oleh sepupu kepada Liyana yang dikenali sebagai Misz Erna di laman Instagram miliknya.
Hari ini Mak Lang (ibu Liyana) tinggalkan kami (keluarga) semua di hari Jumaat yang mulia ini, tinggalkan mama sendirian.
Tetapi tidak mengapa, kami tahu kesakitan yang ditanggung selepas kehilangan Pak Lang selama 18 bulan Mak Lang harungi dan reda atas pemergian cinta hati.
Sekarang Mak Lang rehatlah di alam abadi di sana (akhirat), semoga bertemu cinta hati awak dekat sana nanti.
Difahamkan, arwah meninggal akibat CNS lymphoma tahap 4 di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Dalam pada itu, usaha Oh Bulan! untuk menghubungi Liyana dan wakil keluarga bagi mengesahkan berita tersebut tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.
Sementara itu, aktres tersebut dilihat berkongsi semula beberapa posting daripada kenalan terdekat yang menyampaikan ucapan takziah di Instagram Stories (IG Story) miliknya.
‘My sayang Mama’
Terdahulu, Liyana menerusi entri sama, memuat naik foto dia bersama arwah ibunya itu berserta satu ucapan istimewa.
Kerjaya seni, kejayaan dan hidup saya, mama telah luangkan masa untuk sentiasa bersama saya. Mama sentiasa menunggu sampai subuh sehingga saya habis penggambaran, promo atau apa sahaja yang membuatkan saya gembira.
Tak pernah tahu ada mama yang teman anak study di luar negara berbulan-bulan, tinggalkan babah (arwah ayah), dan babah sanggup lepaskan untuk ibu jaga saya.
Saya sangat bertuah ada ibu bapa yang hebat, sebab itu awak sangat istimewa. My sayang cantik mama.
Untuk info, bapa Liyana iaitu Datuk Jasmay Md Shah telah menghembuskan nafas terakhir akibat kanser paru-paru di kediamannya di Kemensah Height, Hulu Klang, pada Disember 2021.
Sumber: Instagram