berita

‘Ibu Mana Yang Tidak Tahu Riak Wajah Anak Yang Ketakutan, Gelisah Atau Berbohong..’

November 4th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Kes pembunuhan seorang gadis yang dikenali dengan nama Nur Surya Ismail telah menggemparkan Malaysia baru-baru ini. Lebih mengejutkan apabila mengetahui pembunuhan kejam itu dipercayai dilakukan sendiri oleh kawan baik Allahyarham.

Berikutan daripada itu, suspek telah menerima kecaman hebat daripada netizen. Namun, ada segelintir daripada mereka memuji tindakan ibu suspek yang sanggup ‘menyerahkan’ anak perempuannya itu ke balai polis demi keadilan.

Kagum dengan ibu suspek

Memang sukar memahami apa yang sebenarnya terjadi. Ya. Kedua-dua ayahnya aku kenal. Malah ayah suspek juga rakan sekolahku. Aku mendengar dan memerhati sambil menimbang segala info yang datang dengan menjauhi dari kaca mata emosi. Begitu juga khabar yang sesuka hati dikongsi orang, yang jauh panggang dari api.

Cuma sedikit yang aku ingin kongsi. Daripada semua rasa sedih, terkejut dan kecewa dengan apa yg terjadi, terhembur rasa kagum terhadap ibu itu selepas ayah si mati. Sukar untuk bayangkan perasaan ibu yang sanggup ketepikan fitrah nurani yang diberi Tuhan kepada insan rasa sayang pada anaknya sendiri, demi keadilan yang sepatutnya mangsa itu diberi.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik MrKing Hisyam Zaid,  memaklumkan bahawa dia mengenali kedua-dua bapa mangsa dan suspek. Dia mengakui agak terkejut dengan insiden ngeri yang menimpa Nur Surya Ismail tetapi dalam masa yang sama dia kagum dengan ketabahan ibu suspek.

Menurutnya, adalah satu perkara yang sangat berat bagi seorang ibu apabila terpaksa mengenepikan perasaannya dan ‘menyerahkan’ anak tersayang demi keadilan.

Kuatnya hati si ibu

Ibu mana yang tidak tau riak wajah anak yang ketakutan, panik dan gelisah atau berbohong bila diperhati. Dan bukannya ibu itu tidak tahu apa akan terjadi jika diajak anak itu pergi ke pihak yang sedang mencari dan sedia menghumban anak yang disayangi ke dalam tirai besi. Malah ke tali gantung sekali. Namun bijak dan sanggup anak itu dipujuk pergi. Di manakah duhai ibu kau kumpul kekuatan diri?

Ibu itu malah lebih mengetahui apa yang akan dikata dan dicaci oleh orang nanti. Sungguh, kau jenis ibu suci yang sanggup pilih keadilan untuk seorang insan yang juga kau anggap seperti anaknya sendiri. Sebenarnya kedua-dua anak itu kawan baik dan dianggap seperti anak sendiri kedua keluarga ini. Tidak dikenali mereka itu dengan sifat jahat atau apa saja yang tidak layak bagi mereka. Selebihnya Allah Jalla Waala lah tempat paling layak urusan itu diberi.

Barangkali jika ditanya si selaku itu sendiri selepas ini, dia sendiri gagal memahami dan mencari erti apa yang telah tangannya itu lakukan tempoh hari. Tolong henti berkata apa yang tidak diketahui.

Individu ini menyifatkan ibu suspek sebagai seorang wanita yang sangat tabah. Tidak dapat digambarkan perasaan seorang ibu apabila melihat anak yang dikandung selama 9 bulan terpaksa menghabiskan usia remajanya dengan sesuatu yang tidak pernah terlintas di akal fikiran selama ini.

Walaupun tahu apa yang akan terjadi dengan nasib si anak, wanita ini memilih untuk menegakkan keadilan buat Allahyarham yang juga telah dianggap sebagai anaknya sendiri. Walaupun dicaci dan dihina oleh masyarakat, wanita ini tetap kuat dan redha menghadapi ujian yang diberikan buat mereka sekeluarga.

Sumber: MrKing Hisyam Zaid

SKIP THIS AD ×