Sekadar gambar hiasan
Seorang wanita warganegara Indonesia disahkan meninggal dunia selepas melahirkan anak ketiga secara sendiri di sebuah rumah di Kampung Perigi Jernih, Negeri Sembilan.
Ibu bersalin meninggal dunia
Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Rembau iaitu Deputi Superintendan Hazri Mohamad, si suami menyedari bahawa isterinya sudah tidak sedarkan diri selepas melahirkan zuriat ketiga mereka secara sendiri sekitar jam 3 petang. Susulan daripada itu, pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Rembau telah datang untuk melihat keadaan mangsa sebelum mangsa disahkan meninggal dunia.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat. Menurut sumber, bayi perempuan yang dilahirkan berada dalam keadaan selamat dan telah ditempatkan di unit jagaan bayi di Hospital Rembau.
Suami mangsa juga telah tampil membuat laporan polis dan hasil siasatan mendapati, pasangan ini tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah di negara ini.
Sumber: Kosmo