berita

Ibu Menangis Setiap Hari Sehingga Berat Turun 12kg, Dr Sheikh Muszaphar ‘Throwback’ Saat Di Angkasa

August 21st, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Semua sedia maklum, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha merupakan seorang ahli bedah ortopedik dan angkawasan pertama Malaysia. Beliau telah dihantar ke Stesen Angkasa Antarabangsa dengan menaiki kapal Soyuz dibawah penjanjian Rusia pada 1- Oktober 2007.

Di Instagram, Dr Sheikh Muszaphar imbas kembali pengalamannya ketika di angkasa. Menurut beliau, didikan ibu bapa banyak membantu dirinya hari ini dalam mendidik anak-anak.

Ibu menangis 12 hari

Saya membawa 2 Al-Quran dalam perjalanan ke angkasa. Salah satunya adalah dari ibu saya yang mengingatkan saya untuk membawanya setiap masa. Ibulah yang paling risau berbanding semua orang. Dia menangis setiap hari selama 12 hari bertugas di angkasa dan telah kehilangan 12 kg selama 12 hari itu.

Saya teringat bercakap dengannya semasa saya menaiki ISS – ada air mata kegembiraan walaupun ketika itu saya dapat merasakan ketegangan apabila mengetahui perjalanan saya masih belum selesai. Ayah sangat berlainan dengan ibu. Sama kuat seperti keluli, terus mendorong saya dan ingatkan bahawa saya akan berjaya dengan sikap ‘do oe die’. Saya kira dari situlah saya mewarisi sifat beliau.

Berkongsi pengalaman lalu ketika kali pertama menjejak kaki ke angkasa, ibunya setiap hari menangis kerana terlalu risaukan akan dirinya. Malah kebimbangan itu turut membawa kepada penurunan berat badan ibunya sebanyak 12kg. Begitulah kasih seorang ibu.

Tambah doktor Sheikh Muszaphar lagi, belainan pula dengan ayahnya yang tampak lebih tenang namun sentiasa memberi sokongan setiap apa dilakukannya.

Didik anak dengan kasih sayang

Saya sangat bersyukur dibesarkan dengan 4 saudara lelaki lain yang benar-benar kompetitif dan mempunyai semangat untuk berjaya dalam semua bidang terutama sekali pendidikan dan sukan. Saya sekarang membesarkan anak-anak saya dengan cara yang betul. Membesarkan mereka dengan cara seimbang adalah kunci. Seorang ibu bapa tegas sementara yang lain menyayangi anak mereka dengan cara tradisional.

Kedua ibu bapa harus bersikap tegas dan penyayang dengan tujuan bersama – untuk menghasilkan yang terbaik pada anak anda. Penting untuk menghabiskan masa sebanyak mungkin dengan mereka. Bimbing mereka. Sayangi mereka. Didik mereka. Dan hormati mereka. Insya Allah, mereka akan berjaya di akhirat.

Dalam pada itu, doktor Sheikh Muszaphar melahirkan rasa syukur dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang pandai mengimbangkan tahap pendidikan. Akhir kata, doktor Sheikh Muszaphar berharap agar ibu bapa bimbing dan didiklah anak dengan kasih sayang agar mereka berjaya dunia akhirat.

Sumber : Dr Sheikh Muszaphar

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×