berita

Ibu Menginap Di Hotel, Tinggal Anak OKU Sendirian Sehingga Terjun Apartmen

September 5th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Kosmo

Seorang wanita ditahan polis kerana meninggalkan anaknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) seorang diri sehingga remaja lelaki itu terjun dari tingkat satu sebuah apartmen di Taman Melawati kelmarin (Sabtu).

Tinggal anak OKU sendirian di rumah

Foto: Harian Metro

Menerusi kenyataan media Ketua Polis Daerah Ampang Jaya iaitu Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, wanita yang berusia 43 tahun itu meninggalkan anak keduanya sendirian sejak Jumaat lalu hanya kerana mahu membawa anak perempuannya berusia lima tahun ke latihan renang sebelum menginap di sebuah hotel sekitar Damansara.

Mangsa berusia 13 tahun yang mempunyai masalah pembelajaran dan autisme bertindak terjun dari tingkat satu apartmen yang didiami mereka sebelum terjatuh di atas kereta. Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala, tangan kanan serta retak di tangan dan muka kini sedang menerima rawatan di Hospital Ampang.

Menurut sumber, wanita terbabit hanya mengetahui mengenai insiden yang menimpa anak lelakinya itu selepas dimaklumkan oleh bekas suaminya.

Susulan daripada itu, suspek telah ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Ampang hari ini untuk permohonan reman. Menurut Farouk Eshak, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang merujuk kepada kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×