berita

Dikurung, Sumbat Botol Dalam Kemaluan & Dicurah Air Mendidih, Isteri Nekad Terjun Bangunan Larikan Diri

April 12th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Demi menyelamatkan diri dari seksaan suami yang kejam, seorang wanita sanggup terjun dari tingkat empat sebuah hostel.

Artikel Berkaitan: Dipaksa Lahirkan Lapan Orang Anak, Suami Rantai & Dera Isteri Selama 4 Tahun

Artikel Berkaitan: Isteri Maut Di Tangan Suami Dengan 6 Kesan Hentakan, Dipercayai Guna Tukul Besi

Seksaan kejam

Gambar sekadar hiasan

Menurut mangsa, suaminya yang berada di bawah pengaruh dadah telah menuduhnya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Justeru, suaminya memaksa untuk tinggal di dalam sebuah bilik serta mengancam untuk menikamnya jika dia cuba melarikan diri.

Lebih parah lagi, suaminya menyumbat botol kaca ke dalam kemaluannya dan mendidihkan air untuk mengugutnya. Dia kemudian memukul kepala mangsa dengan botol tersebut sehingga pecah lalu mencurahkan air panas ke atasnya.

Ketika kejadian, mangsa menjelaskan bahawa suaminya mengurungnya di dalam bilik, namun dia memutuskan untuk melompat dari bangunan tersebut untuk meminta bantuan.

Susulan itu, pasukan penyelamat bergegas ke Soi Bang Pla 22 di daerah Bang Plee, di Samut Prakarn, Thailand untuk menyelamatkan mangsa.

Setelah tiba di tempat kejadian, pasukan penyelamat mendapati mangsa sedang menangis kesakitan akibat melecur serta luka di kepalanya dan dia telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Kahwin selepas 9 hari

Gambar sekadar hiasan

Dalam pada itu, mangsa yang berusia 27 tersebut mendedahkan bahawa dia bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki tersebut kerana dia tidak pernah menunjukkan sebarang bentuk keganasan atau mengambil dadah walaupun mereka berkahwin selepas sembilan hari bercinta.

Ibu mangsa pernah menyuruhnya untuk bercerai dengan suaminya, tetapi dia tidak mengendahkannya. Namun kini, dia nekad untuk memfailkan aduan dan perceraian terhadap suaminya.

Sementara itu, pihak polis melaporkan bahawa mereka akan menjalankan soal siasat dengan lebih lanjut terhadap mangsa dan juga suaminya.

Sumber: The Thaiger

SKIP THIS AD ×