Adab sebelum berkunjung ke rumah orang perlulah dimaklumkan terlebih dahulu pada tuan rumah, tidak kira rakan atau ahli keluarga sendiri.
Begitulah kisah seorang wanita yang meluahkan sikap ibu mentua yang kerap hadir ke rumah tanpa pengetahuannya.
Artikel Berkaitan: Duduk Sebumbung, Anak Buntu Nak Tegur Pakaian Ibu Mencolok Mata Depan Menantu – ‘Mak Pakai Singlet & Tak Pakai Bra’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ibu Mentua Saya Tahu Kisah Silam.. Dia Tak Marah, Guide Dengan Cara Yang Betul’ – Shaniena Natasya
Mak mentua main terjah
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang wanita menyatakan rasa kurang selesa dengan ibu mentuanya.
Ujar individu itu, ibu mentuanya hadir tanpa memberitahu awal dan didakwa kerap kali ‘membawa mulut’ tentang situasi di rumah kelaminya.
Salah ke kita tegur mak mentua yang selalu datang rumah kita tanpa inform dulu?
Rumah dekat tapi tak semestinya boleh datang hari-hari. Main terjah saja pulak tu.
Lepastu nanti balik, bawak mulut. Rumah tidak berkemas dan sebagainya.
Kita ini bekerja, balik rumah nak duduk dulu baru mula mengemas dan masak.
Kadang-kadang waktu cuti pun ibu mentua datang main terjah. Kita dekat rumah pakaian pun santai, kelam kabut tukar baju.
Tambahnya lagi, dia buntu cara untuk menegur sikap ibu mentuanya yang tiada rasa hormat pada tuan rumah.
Bila kita tegur cakap elok-elok, dia block pulak kita dengan anak dia. Macam dosa besar kita buat.
Netizen kongsi pengalaman
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memahami situasi yang dihadapi wanita itu. Selain itu, terdapat juga warganet yang turut kongsi pengalaman yang sama dengan ibu mentua.
Sumber: TikTok solikyii