berita

Ibu Positif Covid-19 Nazak Di Hospital, Anak Sempat ‘Rakam’ Kenangan Buat Kali Terakhir

January 4th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu lah perasaan yang dialami oleh seorang wanita ini apabila terpaksa ‘melepaskan’ genggaman tangan si ibu buat selama-lamanya.

Anak beranak positif Covid-19

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Mirror UK, kedua-dua beranak yang dikenali dengan nama Anabel Sharma dan ibunya, Maria Rico telah disahkah positif Covid-19 sebelum ditempatkan di wad unit rawatan rapi di London disebabkan kesukaran bernafas.

Difahamkan, Anabel dan ahli keluarganya yang lain telah dijangkiti wabak maut itu daripada anak lelakinya yang merupakan salah seorang kontak rapat pesakit Covid-19 di sekolahnya. Tetapi malangnya, pada 1 November yang lalu, si ibu telah menghembuskan nafas terakhirnya.

Mengingat kembali momen itu, Anabel mengakui itu merupakan saat yang paling sedih apabila melihat ibu kesayangan pergi buat selama-lamanya. Menurut sumber, Anabel telah diberitahu bahawa ibunya itu hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk hidup.

Ibu meninggal dunia

Malah, Anabel juga sempat meminta doktor mengambil gambar dia dan ibunya berpegangan tangan ketika mereka masing-masing berada di katil wad. Tetapi siapa sangka, 24 jam kemudian ibunya telah disahkan meninggal dunia. Tambahnya lagi, doktor telah berlutut dan memberitahu Anabel bahawa ibunya itu sedang nazak. Difahamkan, Maria juga sempat bercakap dengan anak perempuannya di saat-saat akhir kematiannya.

Saya dapat faham beberapa perkataan seperti “pembakaran mayat” dan “pengebumian.

Lebih meruntun hati apabila mengetahui Maria telah menandatangani satu borang persetujuan supaya dirinya tidak diteruskan untuk menerima rawatan di hospital. Doktor menjelaskan, perkara itu adalah pilihan Maria dan dia tahu apa yang dilakukannya. Sementara itu, Anabel dikatakan mampu melihat proses pengebumian ibunya itu menerusi skrin di hospital.

Sumber: Metro UK, Daily Mail

SKIP THIS AD ×