berita

Ibu Que Haidar Meninggal Dunia Akibat Covid-19

March 6th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Hasrat pelakon Que Haidar untuk pulang menemui ibunya hujung bulan ini tidak kesampaian selepas ibunya terlebih dahulu dijemput Ilahi sekitar pukul 1.20 pagi tadi. Allahyarham Rahmah Hussein meninggal dunia disebabkan Covid-19 di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor.

Ibu turut menghidap penyakit kronik

Foto: Que Haidar

Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar sendiri berkongsikan berita sedih tersebut dan turut memaklumkan yang Allahyarham ibunya menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, masalah jantung dan darah tinggi sejak beberapa tahun lalu.

Pagi semalam, kakak hubungi saya memaklumkan keadaan arwah. Mak nazak dan mengadu sakit dada padanya.

Sebelum itu, arwah alami serangan jantung sebanyak empat kali. Kali pertama, terjadi di rumah adik saya di Pasir Gudang manakala selebihnya di hospital.

Saya segera pulang ke kampung sendirian memikirkan arwah ibu masih kuat.

Malah, ketika itu, abang beritahu jantung emak kembali stabil. Namun ternyata, Allah lebih menyayanginya.

Que tiba di HSA kira-kira pukul 6 petang, semalam. Ujarnya, kali terakhir dirinya pulang ke kampung bertemu arwah ibu adalah pada Januari lalu.

Kami sempat luangkan masa bersama dan bawa mak keluar berjalan dan menikmati asam pedas kegemarannya. Saya ingatkan nak pulang ke Johor Bahru bulan ini dan mencuri masa bersamanya.

Kebetulan, ada kerja di sana namun, saya tidak sempat melunaskan hasrat itu.

Jenazah Allahyarham Rahmah, 68 tahun, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak, Kulai, Johor, hari ini. Allahyarham Rahmah meninggalkan 10 anak dan 27 cucu.

Sumber: Kosmo!

SKIP THIS AD ×