Ibu kepada pelakon dan pengacara terkenal, Scha Al-Yahya iaitu Junainah Hashim telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Sabtu.
Artikel Berkaitan: Awal Ashaari, Scha Alyahya Refleks Diri Setiap Kali Bergaduh – ’11 Tahun Perkahwinan Memang Mencabar, Selesaikan Sebaiknya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Zarina Zainuddin Meninggal Dunia – ‘Kali Terakhir Saya Mesej Mak Malam Tadi..’
Al-Fatihah
Berita mengenai pemergian ibunda tercinta Scha itu dikongsikan sendiri suaminya iaitu Awal Ashaari menerusi Instagram Story (IG Story).
Difahamkan, Allahyarhamah meninggal dunia akibat serangan jantung.
Dengan dukacita memaklumkan ibu mentua saya, Junainah Hashim telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.40 pagi tadi di Hospital Pantai akibat serangan jantung.
Jenazah telah dikafan dan akan disolatkan di Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala.
Tambah Awal, jenazah ibu mentuanya akan dikebumikan selepas waktu Asar.
Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1 sejurus selepas Asar.
Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakan dia, dan ampunilah dosa dan kesalahannya.
Sekadar info, Scha merupakan pengacara bersama Datuk AC Mizal bagi anugerah berprestij Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM 33) yang bakal bersiaran secara langsung pada malam ini.
IG Story Awal
Sumber: IG Story Awal