Rezeki menimang cahaya mata adalah sesuatu yang berharga buat setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.
Namun, naluri seorang ibu itu tidak dimiliki oleh segelintir wanita.
Artikel Berkaitan: Warga Emas Tanam 20 Beg Plastik Berisi Jasad & Tulang Bayi Di Belakang Rumah
Artikel Berkaitan: Ibu Simpan Bayi Dalam Besen, Sorok Dalam Almari Sampai Mati Kelemasan
Simpan dalam laci
Memetik laporan CNN World, punca kejadian bayi ini disimpan dalam laci selama lebih kurang tiga tahun adalah bagi menyembunyikan daripada pasangannya.
Ujarnya, individu itu tidak mengetahui dirinya hamil.
Bayi tersebut membesar dalam ruangan laci sejak lahir dan tidak pernah dibawa melihat dunia luar.
Si ibu beri susu bijirin menggunakan picagari sebagai makanan harian dan tidak pernah buat pemeriksaan doktor semenjak lahir.
Bayi tersebut akan ditinggalkan sendiri ketika ibunya keluar bekerja atau ketika seluruh keluarga menyambut Hari Krismas.
Tumbesaran bantut
Walau bagaimanapun, bayi ini akhirnya ditemui apabila seorang tetamu yang hadir ke rumah selepas terdengar bunyi mencurigakan.
Budak itu dilihat penuh ruam.
Oleh kerana kekurangan zat, badan dia seperti bayi berusia 7 bulan walaupun sudah berusia 3 tahun.
Kanak-kanak itu juga dilihat sumbing dan tidak menerima sebarang rawatan selama 3 tahun di dalam laci.
Minggu lalu, wanita terbabit telah berdepan dengan hukuman penjara selama 7 tahun atas pengabaian melampau terhadap anak sendiri.
Sumber: CNN World