Sekadar gambar hiasan
Baru-baru ini, penduduk di Kota Makassar, Indonesia dikejutkan dengan penemuan mayat bayi berusia enam bulan yang dibungkus dalam bekas makanan jenama Tupperware di sebuah bilik sewa.
Mayat bayi dalam peti
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan media Indonesia, bungkusan berisi mayat itu ditemui oleh seorang pekerja yang sedang mencuci bilik sewa yang dihuni wanita itu sejak tahun lalu. Difahamkan, pekerja terbabit sedang mengemas dan membersihkan bilik berkenaan kerana ada penyewa baru akan menyewa bilik tersebut.
Ketika sedang mengemas, saksi mendakwa terjumpa satu bekas makanan dan peliknya bekas tersebut mengeluarkan bau yang sangat busuk. Dia kemudian membuka bekas makanan tersebut dan alangkah terkejutnya apabila melihat terdapat satu mayat bayi di dalamnya. Susulan daripada penemuan itu, wanita ini segera melaporkan kepada pihak polis dan siasatan lanjut berhubung kes ini masih giat dijalankan.
Pihak polis sedang berusaha menjejaki suspek yang dipercayai sudah meninggalkan Makassar dan pulang ke kampung halamannya sejak tiga bulan lalu disebabkan ibu bapanya sakit.
Sumber: CNN Indonesia