Gambar sekadar hiasan
Usaha mencari seorang remaja perempuan giat dijalankan yang dipercayai melarikan diri dari rumah untuk bertemu teman lelakinya.
Artikel Berkaitan: Tular Video Mak Cari Anak Hilang, Rupanya Remaja Lari Rumah Disyaki Trauma Jadi Mangsa Rogol Bapa Tiri
Artikel Berkaitan: Dipercayai Berhalusinasi, Remaja Lari Masuk Hutan Bila Nampak Bapa Saudara
Belum dapat dikesan
Berdasarkan makluman oleh ibu remaja tersebut, dalam beberapa minggu ini, anaknya pernah berniat untuk berhenti sekolah sebelum disedari menghilangkan diri pada jam 3 petang kelmarin.
Usaha kami menghubunginya gagal kerana nombor telefon kami sudah disekat olehnya.
Namun, Alhamdulillah pagi tadi, dia membalas WhatsApp dan panggilan telefon daripada gurunya menyatakan dia selamat sampai di Ipoh, kira-kira 6 pagi.
Kejadian yang berlaku di Kluang Johor itu menyaksikan wanita tersebut pada mulanya hanya menyangka anaknya lewat pulang dari sekolah kerana sedang melakukan tugusan di perpustakaan.
Saya terkejut kerana guru kelas menyatakan anak saya tidak hadir ke sekolah.
Rakan sekelas anak saya menyatakan bahawa dia ingin ke ke Perak.
Dalam pada itu, ibunya juga mengesyaki bahawa remaja berusia 16 tahun itu bertindak sedemikan kerana berkecil hati selepas ditegur sering menelefon seseorang sehingga lewat malam.
Saya percaya dia berbuat demikian selepas tidak dapat menerima teguran kerana menghabiskan masa bercakap dengan seseorang di telefon dipercayai teman lelaki dan dia tidak dikenali keluarga saya.
Kehilangannya amat merisaukan kami sekeluarga kerana dia tidak pernah berbuat seperti ini, malah hubungan kami anak beranak elok sahaja.
Susulan itu, dia dan suami ketika ini sedang menuju ke Ipoh untuk mencari anak mereka.
Saya, suami dan anak paling kecil dalam perjalanan ke Ipoh untuk mencari anak di sana, semoga semua urusan kami dipermudahkan dan anak kami selamat ditemukan.
Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata laporan kehilangan remaja tersebut telah diterima semalam dan pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk menjejaki remaja itu.
Polis juga sedang mengenalpasti pihak bertanggungjawab yang berkaitan dengan kehilangan remaja perempuan tersebut.
Sumber: Harian Metro