Ibu kepada penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza menitipkan pesan buat anak lelakinya itu susulan isu hangat yang membabitkan dirinya, sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Ibu Aliff Aziz Tenang Dicaci & Disamakan Dengan Binatang, ‘Petik’ Fasal Balasan Di Padang Mahsyar – ‘Teruskanlah Jika Ini Buat Bahagia’
Artikel Berkaitan: Setiap Hari Terima Beratus DM Maki Hamun, Ibu Aliff Aziz Anggap ‘Cybertroopers’ Seperti Lembu Dicucuk Hidung
Aliff Aziz kembali tersenyum
Menerusi hantaran di Instagram, Siti Hafiza meluahkan rasa syukur kerana Aliff sudah mampu tersenyum kembali setelah melalui detik pahit dalam kehidupannya. Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu juga berharap anak lelakinya diberi kekuatan selain dapat belajar dari kesilapan yang dilakukan.
Masyaallah, dah lama kami tak nampak senyuman Aliff.
Muhasabah diri dan belajar dari kekhilafan dan berazam menjadi seorang insan yang lebih baik kerana Allah SWT. Kita semua adalah pendosa tapi Allah SWT Maha Pengasih.
Kehidupan lepas adalah pengalaman tetapi apa yang lebih penting adalah sekarang dan masa hadapan. Yang terpenting adalah pengakhiran kita.
Sementara itu, Siti Hafiza mengatakan mereka sekeluarga termasuk suami dan dua anak perempuanya mendoakan agar segala urusan Aliff di dunia dan akhirat akan dipermudahkan Allah SWT.