berita

Ibu Tergamak Kurung & ‘Dera’ Anak Selama 28 Tahun Sampai Tak Ada Gigi, Tragedi Terbongkar Apabila…

December 2nd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seperti kita sedia maklum, tugas seorang ibu adalah untuk menjaga, mendidik dan memberi kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila seorang wanita bergelar ibu tergamak mengurung anak lelakinya selama 28 tahun di dalam sebuah apartment.

Kena kurung selama 28 tahun

Menerusi laporan yang dipetik daripada Daily Mail, wanita yang berasal dari Sweden ini telah ditahan oleh pihak berkuasa selepas disyaki mengurung anak kandungnya sejak mangsa berusia 12 tahun dan kini umurnya mencecah 41 tahun. Menurut sumber, salah seorang saudara mereka seakan sudah mengesyaki ada sesuatu perkara yang disembunyikan oleh suspek di rumah.

Tetapi dia langsung tidak berkesempatan untuk memasuki rumah tersebut sehinggalah pada suatu hari suspek telah keluar ke hospital dan ditahan di wad. Pada ketika itu, saudara suspek telah memasuki apartment tersebut dan alangkah terkejutnya apabila melihat mangsa sudah terbaring dan berselimut di atas lantai dapur dengan keadaan yang sangat menyedihkan.

Rumah kotor, bau hancing

Bukan itu sahaja, apartment terbabit juga sangat kotor dengan bau hancing seakan tidak dibersihkan selama bertahun-tahun selain dipenuhi dengan sampah sarap. Disebabkan dikurung dalam tempoh yang agak lama ianya sedikit sebanyak telah membuatkan mangsa mengalami kecederaan pada tubuh badan dan gigi mangsa hampir tercabut disebabkan kekurangan zat.

Lebih kejam apabila melihat mangsa hanya memakan sandwich, satu tin sardin dan semangkuk kerepek untuk mengisi perutnya. Pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian telah membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Bercerita lanjut mengenai kejadian itu, suspek dipercayai terlalu mengawal anak lelakinya itu disebabkan satu insiden yang pernah menimpa keluarganya pada suatu ketika dahulu.

Tak sangka seteruk ini

Oleh disebabkan itu, dia tergamak berbuat demikian. Ketika anaknya berusia 12 tahun, dia telah memberhentikan anaknya dari sekolah dan mengurung mangsa. Malah menurut jiran tetangga, setiap kali apabila mereka bertanya tentang anak lelakinya itu, suspek hanya menjawab anaknya berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan segera menukar topik perbualan.

Sementara itu, saudara suspek mendakwa sudah hampir 20 tahun dia tidak mendengar khabar apatah lagi bertemu dengan mangsa. Dia mengakui tahu bahawa mangsa memang dikawal ketat oleh ibunya itu tetapi tidak sangka akan menjadi seteruk ini tetapi dia bersyukur kerana mangsa mampu bertahan. Suspek yang berusia 70 tahun itu walau bagaimanapun menafikan tindakannya dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber: Daily Mail, Mirror UK

SKIP THIS AD ×