berita

Ibu Terkejut Gambar Anak Dijadikan Patung Seks, ‘Dilelong’ Online Hingga Cecah Ribuan Ringgit!

September 7th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Seorang ibu dari Florida, Amerika Syarikat terkejut apabila dimaklumkan foto anaknya yang berusia lapan tahun dicuri dan dijadikan patung seks. Patung seks tersebut dijual secara online dengan harga RM 2,320.97.

Sebaik melihat gambar tersebut, si ibu menangis kerana tidak menyangka si anak diperlakukan sedemikian rupa.

Terima mesej dari rakan

Terri

Menurut laporan Daily Mail, si ibu yang dikenali sebagai Terri mendapat tahu hal tersebut setelah menerima pesanan mesej daripada seorang rakan. Rakan menyedari terdapat patung menyerupai anak sahabatnya iaitu Kat, dijual secara dalam talian di internet.

Tak dapat dibayangkan bagaimana mereka sanggup menggunakan gambar anak saya untuk mencipta sesuatu yang sangat hina dan jahat.

Tambah Terri lagi, di dalam gambar tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak memakai stokin yang sama seperti anaknya sedang duduk di atas sofa bersama anak patung. Selain itu, pakaian dan gaya rambut turut ditiru!

‘Saya tak boleh tidur fikirkannya’

Ianya dijual di sebuah website online sebagai ‘patung seks berkualiti tinggi untuk lelaki’ dengan harga lebih kurang RM2k. Apa yang menyedihkan lagi apabila terdapat review jijik menyokong penjualan patung tersebut sewaktu krisis pandemik.

Saya tak boleh tidur bila memikirkannya. Saya rasa nak bakar lelaki yang mempunyai imaginasi seks dengan patung-patung itu.

Mereka harus dihukum sebagai pesalah seks.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Terri memberitahu anaknya yang mempunyai masalah Common Variable Immune Deficiency (CVID) merupakan seorang model kanak-kanak dan peserta pertandingan ratu cantik.

Dia memuat naik gambar anak untuk berkongsi perkembangan kesihatan, projek komuniti dan kerja modeling yang dilakukannya. Terri percaya gambar anaknya itu diambil menerusi group tersebut.

Walau bagaimanapun, difahamkan penjualan patung itu telah dipadam empat hari kemudian. Dalam satu kenyataan, laman online tersebut menegaskan penjual haruslah mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sesiapa yang ingkar boleh berdepan dengan risiko akaun dipadam.

Sumber : dailymail

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×