Foto: Independent Turkey
Seperti kita sedia maklum bahawa pihak kerajaan telah mengumumkan supaya persekolahan diadakan secara atas talian. Oleh itu, ibu bapa perlu menyediakan segala peralatan dan kelengkapan untuk anak-anak menghadiri kelas online seperti telefon pintar, laptop, komputer dan sebagainya. Walaupun begitu, tidak semua ibu bapa mampu untuk menyediakannya.
Begitulah nasib yang dialami oleh keluarga ini apabila si ibu terpaksa menyewa komputer riba di sekolah dengan bayaran RM1 sehari.
Sewa laptop RM1 sehari
Menerusi perkongsian Azhar Ibrahim di Twitter, dia menceritakan pengalamannya apabila ‘dipertemukan’ dengan seorang wanita yang dikatakan mengalami sedikit kekangan untuk menyediakan komputer riba buat ketiga-tiga anaknya yang masih bersekolah.
Jelas Azhar, wanita ini terpaksa menyewa sebanyak tiga biji komputer riba di sekolah untuk kegunaan anak-anaknya menghadiri kelas online. Difahamkan, rakan Azhar telah memberi sumbangan sebiji printer kepada wanita ini untuk kegunaan anak-anaknya yang bersekolah.
Sedekah printer
Kena lukis kerja sekolah
Sementara itu, AzhaR juga sempat berkongsi screenshot perbualannya bersama wanita berkenaan. Lebih meruntun hati apabila mengetahui anak-anak wanita ini terpaksa melukis kerja sekolah mereka disebabkan tidak mempunyai printer di rumah.
Oleh hal yang demikian, wanita ini meluahkan rasa syukur kerana pemberian Azhar dan rakannya itu sedikit sebanyak membantu mempercepatkan proses pembelajaran anak-anaknya.
Netizen sama-sama bantu
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya turut bersimpati dengan nasib keluarga ini. Malah, tidak kurang ada juga di antara mereka yang ingin bersama-sama memberi sumbangan kepada wanita ini supaya anak-anaknya dapat belajar dengan selesa selain dapat mengurangkan bebanan mereka sekeluarga.
Tolong bayar duit sewa laptop
Sumber: Azhar Ibrahim