Sekadar gambar hiasan
Di Indonesia, seorang wanita muda berusia 24 tahun didakwa mendera anak tirinya berusia dua tahun hingga meninggal dunia. Ketika kejadian, mangsa ditinggalkan di rumah bersama suspek berikutan bapanya yang keluar bekerja sebagai pemandu.
Apa yang lebih mengejutkan, bapa kepada kanak-kanak ini sama sekali tidak mengetahui anaknya sudah meninggal dunia dan dia sempat tidur bersama jenazah anaknya.
Tindakan kejam ibu tiri
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan Tribun News, tertuduh dikenali sebagai Linda berusia 24 tahun dipercayai membaringkan mayat mangsa di atas katil dan memberikan ‘gambaran’ mangsa sedang nyenyak tidur serta si suami sama sekali tidak mengesyaki. Ujar Ketua Polis Daerah, insiden tersebut berlaku pada 13 November yang lalu (Sabtu) di sebuah pangsapuri di di Daerah Tumijajar, Tubaba.
Namun, selepas bapa mangsa pulang dari tempat kerja alangkah terkejutnya apabila mendapati anaknya sudah berada dalam keadaan kaku dan sudah meninggal dunia. Bukan itu sahaja, darah turut mengalir keluar dari mulut, hidung, mata dan telinga mangsa.
Bila pulang dia nampak anaknya memang dalam keadaan tidur di atas tilam dalam bilik. Dia kemudian melaporkan kejadian itu kepada Ibu Pejabat Polis Tubaba untuk tindakan susulan.
Masih ‘berlakon’
Suspek ketika itu masih bertindak seperti biasa dan menjelaskan dia sama sekali tidak mengetahui apa yang terjadi kepada mangsa. Bagaimanapun, hasil soal siasat yang dilakukan suspek akhirnya mengaku membunuh anak tirinya berikutan rasa marah sebelum bertindak berbuat demikian.
Motifnya kerana marah, lalu dia menyeksa mangsa sehingga mati. Dia menenggelamkan mangsa sehingga lemas.
Suspek menutup mulut dan hidung mangsa selama 20 minit sehingga mangsa meninggal dunia.
Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.
Sumber: Tribun News