berita

Ibu Tukang Sapu Di Sekolah Yang Sama, Anak Bagi ‘Hadiah’ Paling Bermakna Dalam Hidupnya

November 18th, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

Screen Shot 2015-11-18 at 11.30.05 AM

Selepas berhempas pulas, tak tidur malam semata-mata nak study untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), akhirnya keputusan penuh keluar semalam. Ada yang dapat keputusan cemerlang, ada yang ‘boleh la’ dan ada yang ‘ada laa..’ punya keputusan. Faham-faham sendiri lah ye? Huhu

Tapi dalam banyak-banyak kisah pelajar yang dapat 5A dalam UPSR, kisah ini yang paling menyentuh hati kami. Ibunya hanya tukang sapu sampah di sekolah anaknya belajar, tapi anaknya itu berjaya membuatkan si ibu jadi orang yang paling gembira di dunia.

Anak buat ‘surprise’

Screen Shot 2015-11-18 at 12.36.21 PM

Ibu (Rahmah Mohd Arif) sedang bekerja membersihkan sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi, Tasek Gelugor dan lebih menyentuh hati sekali apabila anaknya, Nurin Fatini Mohd Shukri datang dan memberitahu keputusan cemerlang yang diperolehinya.

Nurin Fatini bukan pelajar ‘favorite’

Screen Shot 2015-11-18 at 12.38.01 PM

Lebih manis lagi apabila Nurin Fatini bukan lah pelajar yang dijangka akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR kerana Nurin hanya mendapat 1A sahaja dalam peperiksaan sebelum ini.

Ibu risau

Menurut ibunya, beberapa hari sebelum keputusan diumumkan, hatinya berasa risau dan gusar kerana mengenangkan keputusan yang akan diperoleh oleh anak keduanya itu. Ini kerana Rahmah taknak melihata Nurin berasa sedih dan kecewa.

Pada hari keputusan dikeluarkan juga Rahmah tak sanggup untuk mengambil tahu tentang keputusan anaknya sehingga lah suaminya, Mohd Shukri Husain memaklumkan berita yang membanggakan hati Rahmah itu.

Pencapaian Nurin Fatini semakin baik selepas dia mengikuti kelas tuisyen di sekolah setiap hari termasuk memperoleh keputusan 4A dalam ujian percubaan UPSR sebelum ini

Sumber: Utusan Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×