Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki yang berkhidmat sebagai pengetua sekolah di Indonesia ditahan polis selepas mengaku bersetubuh dan mencabul seorang anak muridnya berusia 13 tahun.
Artikel Berkaitan: Da’i Syed Menangis Dipenjara 10 Tahun & 3 Sebatan Kerana Merogol, Sempat Peluk Isteri Berpantang
Artikel Berkaitan: Kemaluan Sakit Bongkar Kanak-Kanak Dua Tahun Dicabul Datuk Kandung
Pengetua cabul, bersetubuh dengan anak murid
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan TVOneNews, perbuatan keji itu dipercayai berlaku apabila ibu mangsa yang dikenali sebagai E menghantar anak perempuannya di rumah suspek untuk tujuan ritual ‘penyucian’.
Lebih mengejutkan apabila wanita itu sendiri menyuruh anaknya melakukan hubungan badan dengan suspek.
Setelah mangsa masuk ke dalam rumah J (suspek), mangsa disuruh membuka pakaian sebelum suspek melakukan hubungan badan dengan mangsa. Selepas selesai mangsa disuruh ke luar rumah dan pulang bersama E (ibunya).
Difahamkan, perbuatan terkutuk itu telah dilakukan oleh suspek sebanyak lima kali dengan ‘bantuan’ ibu kandung mangsa. Bapa kandung mangsa yang mengetahui kejadian itu tampil membuat laporan polis.
Suspek mengaku sengaja melakukan persetubuhan dan pencabulan terhadap T untuk memuaskan nafsunya. Bapa mangsa memberitahu anaknya itu mengalami trauma akibat kejadian tersebut.
Sumber: TVOneNews