Penyanyi Ramlah Ram berkongsi berita duka apabila ahli keluarga terdekat iaitu ibu dan adiknya telah disahkan positif virus Covid-19 pada Ahad lalu.
Tolong doakan
Ramlah, 56, menerusi Instagram (IG)nya memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan ahli keluarganya yang tidak bernasib baik itu.
Saya hamba yang tidak berdaya ini memohon bantuan semua. Tolong doakan mak dan juga adik saya, Shafiei cepat sembuh.
Mohon semua keluarga saya di Kluang, Johor dijauhkan daripada penyakit ini. Baru semalam (ibu dan adik) disahkan positif Covid.
Risau dengan keadaan ibu
Dalam pada itu, pelantun lagu Selamat Jalan Romeo turut menyuarakan rasa bimbang terhadap tahap kesihatan ibunya yang bernama Ne.
Hal ini disebabkan ibunya sudah berusia 80 tahun sekaligus tergolong dalam golongan berisiko.
Saya tengah tidak tahu hendak buat apa lagi, hanya mampu berdoa pada Allah. Saya amat risaukan keadaan mak dengan umur sudah mencecah 80 tahun.
Sekali lagi, mohon tolong doakan kesembuhan mak dan adik saya. Semoga Allah akan membalas jasa baik kalian berlipat kali ganda. Amin.
Sumber: Instagram @ramlahram383