Seperti yang kita tahu, perkahwinan bahagia penyanyi Indonesia, Virgoun dan Inara Rusli tidak berkekalan apabila mereka mengambil keputusan untuk berpisah selepas penyanyi tersebut dilaporkan berlaku curang dengan isterinya.
Artikel Berkaitan: Ajak Buat Seks Ketika Berpuasa, Isteri Dakwa Virgoun Bayar Ramai Wanita Untuk Puaskan Nafsu
Ibu Virgoun tak puas hati
Terbaru, ibu kepada Virgoun iaitu Eva Murung meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap bekas menantu, Inara menerusi satu temu bual di Indonesia.
Menurut laporan portal Victory News, Eva mendedahkan bahawa wang bulanan sebanyak 2.7 juta rupiah (RM840) yang diberikan bekas menantunya itu tidak cukup dan sangat sikit nilainya.
Hal ini kerana, Eva berpendapat jumlah wang tersebut tidak cukup untuk menanggung kehidupannya di Jakarta ketika ini dan mendakwa Inara sebagai seorang yang tidak pandai menguruskan kewangan.
Bukan itu sahaja, Eva juga dikatakan tidak berpuas hati apabila hanya diberikan wang sebanyak 500,000 ribu rupiah (RM155) ketika perayaan Krismas.
Eva turut menasihati Inara untuk tidak bersikap tamak dengan menggunakan wang yang diberikan Virgoun setiap bulan itu untuk kegunaan dirinya sendiri sahaja sebaliknya, bersedekahlah kepada mereka yang memerlukan juga.
Namun begitu, Inara tampil bersuara dan membela dirinya dengan memaklumkan bahawa wang yang diberikan kepadanya itu merupakan persetujuan dibuatnya bersama Virgoun sebelum ini.
Sekadar info, kisah perpisahan Virgoun dan Inara ini menjadi bualan wargamaya selepas tularnya hantaran dimuat naik Inara memaklumkan penyanyi itu berlaku curang di belakangnya.
Lebih teruk, Inara mendakwa Virgoun pernah berzina dengan membayar beberapa orang wanita bagi mendapatkan khidmat seks.
Sumber: Victory News