berita

ICSYVMY: Apabila Otai Bergabung Buat Tekaan, Habis Semua Penyamar Disingkirkan

June 6th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Dalam episod I Can See Your Voice Malaysia semalam, Misha Omar dan Ella telah dijemput sebagai artis jemputan. Mereka berdua perlu memilih penyanyi sebenar untuk bernyanyi bersama di akhir program tersebut. Siapa sangka, tekaan Misha Omar dan Ella betul apabila mereka berjaya menyanyi dengan penyanyi sebenar.

Serasi buat pilihan

Di awal pusingan, Misha dan Ella kelihatan sangat serasi ketika membuat pilihan. Mereka berjaya menyingkirkan kesemua penyamar dalam episod tersebut. Sebaik sahaja memasuki pusingan terakhir, ketiga-tiga peserta yang tinggal kesemuanya adalah penyanyi sebenar. Jadi, kerja Misha dan Ella untuk memilih peserta yang layak ke pusingan terakhir sangatlah mudah. Ditambah pula, para penyiasat tetap dan jemputan bersetuju dengan segala keputusan yang dibuat oleh Ella dan Misha pada waktu itu.

Ada peserta berbangsa Cina

https://www.youtube.com/watch?v=fKa-3suPco0

Dalam episod semalam juga, seorang peserta berbangsa Cina iaitu Wong Xin Yao telah mencuri perhatian ramai. Gadis cantik ini berjaya membawakan lagu ‘Bunga-Bunga Cinta’ nyanyian Misha Omar dengan baik sekali. Namun, rezekinya untuk bernyanyi bersama Misha dan Ella untuk pusingan terakhir tidak berjaya. Ini kerana, kedua-dua penyanyi tersebut telah menyingkirkannya terlebih dahulu.

Sumber: TV3 Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×