berita

Idea Masak 2 Minit, Ini Tauhu Telur Masak Sambal Lain Dari Lain Boleh Korang Cuba!

April 2nd, 2019 | by Shafika
MyResipi

Menerusi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), seorang individu berkongsi resepi tauhu telur yang super sedap. Kalau sebelum ini, korang mesti biasa makan tauhu telur yang dimasak sos tiram bukan? Namun untuk kali ini, wanita ini membuat sedikit kelainan dengan masak sambal tauhu.

Potong kecil-kecil

Keluar dari plastik bukak perlahan-lahan takut nnti hancur dan bilas guna air. Potong agak-agak nak besar mana.

Goreng dengan telur

Dua biji telur. Taruk garam dan perasa sedikit. Biarkan tofu rendam dalam telur nie sekejap ya. Dah siap goreng jadi macam nie ya. Ratah macam nie pn nampak sedap tau korang.

Bahan2 nya simple je

Cili kering direndam
Bawang 10 biji byk bwg lagi sedap(terpulang)
Bawnag putih
Halia
Pastu blend kan

Tumiskan cili blend dengan minyak begini. Dah garing sambal masukkan tofu. Campurkan garam gula dan ajinamoto sedikit…kacau-kacau tofu yang telah digoreng tadi.

Siap tauhu sambal

Tadaa…siap masak lunch hari nie. Sedap dan simple sahaja korang.

Sumber : Nur Asykeen

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×