berita

Ifa Raziah Masih Lemah & Kesakitan Lepas Pembedahan Payudara

July 9th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-07-08 at 10.52.17 PM

Makin maju dunia, makin banyak pula penyakit pelik-pelik berlaku kan. Takut pula bila dengar. Namun, sakit itu kan penghapus dosa-dosa kecil.

Menghadapi dugaan yang sama, semalam Ifa Raziah telah pun selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketulan di payudaranya.

Menerusi laman Instagram, penyanyi itu sempat juga berkongsi sekeping fotonya yang sedang terlantar di hospital dan meminta agar orang ramai mendoakan kesihatan dirinya.

Screen Shot 2014-07-08 at 10.47.27 PM

Foto yang dikongsi oleh Ifa Raziah di laman Instagram

Pembedahan membuang ketulan yang dikatakan berpunca daripada virus itu dilakukan di Beverly Willshire Medical Centre, Jalan Tun Razak.

Untuk makluman, Ifa mula menyedari kewujudan ketulan tersebut sejak tahun 2011. Akibat daripada ketulan itu, payudaranya menjadi bengkak dan keras.

Kami harapkan agar Ifa akan kembali pulih selepas ini. Kepada para pembaca pula, jangan lupa untuk sentiasa alert dengan tubuh badan anda. Bak kata pepatah ‘mencegah lebih elok daripada merawat’.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×