Pelakon dan usahawan Ifa Raziah mengaku sebenarnya telah lama mendapat gelaran Datuk iaitu sejak tahun 2016 dari negeri Perak, namun hal tersebut kurang diperakui ramai.
Mahu kekalkan nama pentas
Foto: Instagram Ifa Raziah
Memetik laporan Kosmo!, pelakon dengan nama lengkap Saripah Raziah Mustapha itu bagaimanapun menjelaskan, dia lebih selesa tidak menggunakan gelaran kehormat tersebut agar berasa lebih dekat dengan khalayak.
Sebenarnya dah lama (dapat gelaran Datuk) iaitu 2016 dari negeri Perak.
Orang dah cakap tentang perkara ini waktu itu (2016) cuma saya kata, tak payahlah gunakan gelaran tersebut kerana saya nak dikenali sebagai Ifa Raziah.
Saya dapat gelaran tersebut pun atas nama Saripah Raziah binti Mustapha. Rasmi. Kalau letak gelaran ‘Datuk’ dengan nama panjang begitu, siapa nak kenal?
Jadi, sekarang ini saya hanya gunakan nama pentas iaitu Ifa Rafiah.
Ujarnya lagi, dia tidak mahu terlalu menunjuk diri dengan gelaran yang diterimanya itu, dan bertegas, pangkat dan darjat bukanlah segala-galanya.
Tidak mengapa, kita ‘low profile’, tak bawa ke mana pun pangkat. Bagi saya sama sahaja. Lagi susah nak minta sponsor (ketawa).
Tapi kalau kalian tanya, memang benar dapat gelaran Ahli Setia Diraja.
Sumber: Kosmo!