berita

Ifan Seventeen Selamat Bertunang

April 7th, 2021 | by Amat
Lensa Insta

Sebelum ini, Ifan Seventeen pernah memaklumkan dia akan menikahi Citra Monica pada sekitar pertengahan tahun ini. Malah, dia turut berkongsi persiapan yang bakal melangkah ke fasa seterusnya bersama cinta hati.

Artikel berkaitan: Kongsi Foto Hantaran, Ifan Seventeen & Citra Monica Bakal Nikah Tidak Lama Lagi

Artikel berkaitan: Bakal Nikah Tahun Ini, Ifan Seventeen Padam Semua Foto Arwah Isteri

Artikel berkaitan: [VIDEO] Persembahan Terakhir Seventeen Sebelum Pentas Dibadai Tsunami

Terbaru, penyanyi kumpulan Seventeen itu telahpun sah menjadi tunangan kepada Citra Monica dan berita itu dimaklumkannya sendiri menerusi laman Instagram.

Dah bertunang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Riefian Fajarsyah (@ifanseventeen)

Menerusi kapsyen ringkas yang dikongsinya hanya memaklumkan dia dan Citra Monica telah sah bertunang. Ifan sebelum ini telah berkongsi foto dengan memperlihatkan sembilan buah dulang hantaran berwarna putih untuk di bawa ke acara pertunangan mereka.

Terima kasih semua

Ifan dan Citra Monica turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua keluarga dan rakan yang sentiasa membantu bagi melancarkan acara pertunangan mereka. Menerusi video IG Story yang dimuat naik Ifan, kelihatan Citra turut menunjukkan sebentuk cincin yang telah disarungkan pada jari tengahnya.

Alhamdulillah, acara melamar hari ini selesai. Terima kasih buat semua yang datang. Terima kasih buat teman-teman, keluarga, sahabat. Terima kasih buat semua yang mendoakan kami.

Sumber: Ifan Seventeen

SKIP THIS AD ×