Semua sedia maklum, hubungan percintaan vokalis Seventeen atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah dengan Citra Monica dilihat semakin mesra. Malah pasangan ini sering kongsi foto dan aktiviti mereka di laman Instagram masing-masing.
Artikel Berkaitan : Temui Pengganti Baru, Ramai Samakan Wajah Kekasih Ifan Seventeen Seperti Arwah Isteri
Terbaru, percintaan Ifan dan Citra Monica nampaknya semakin serius kerana mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada pertengahan tahun ini.
Bakal nikah
Menurut Citra Monica ketika ditemu bual oleh portal Indonesia, mereka akan bernikah pada pertengahan tahun ini. Walaupun masih tidak memberitahu tahu tarikh sebenarnya, namun Irfan memberitahu masih dalam perancangan. Buat masa ini, tiada sebarang persiapan lagi dibuat memandangkan masih dalam pandemik.
Kalau persiapannya belum. Lagi milih-milih karena santai juga, pertama nggak nggak ada yang dikejar juga. Cuma kami penginnya tahun ini dan penginnya pertengahan tahun.
Tambah Ifan lagi, mereka masih lagi tenang sedang merancang perkahwinan mereka. Jika ditanya soal berkahwin, sudah pasti mereka ingin nikah pada pertengahan tahun ini. Walaupun Indonesia saat ini masih dilanda wabak Covid-19, ini tidak menghalangi niat Ifan Seventeen dan Citra Monica untuk merancang perkahwinan mereka.
Rasanya lebih bagus, jadi tiada masalah sama ada pandemik ataupun tidak. Apa yang penting majlis akadnya daripada majlis perkahwinan. Saya lebih suka majlis akad kerana apa yang penting mereka tahu kalau kami sudah sah.
Dalam pada itu, Ifran memberitahu musim pandemik ini lagi memudahkan mereka untuk membuat persiapan perkahwinan memandangkan mereka boleh merancang majlis lebih sederhana. Malah apa yang penting baginya adalah mereka sah menjadi suami isteri berbanding majlis besar-besaran.
Padam wajah dan nama arwah isteri
Seperti yang diketahui, Citra Monica adalah kawan sejak sekolah menengah namun mula rapat sejak Ogos 2020. Atas niat menikah dan sudah move on juga membuatkan Ifan memadam biodata dan nama Dylan dalam akaun Instagramnya.
Selepas kematian Dylan, saya sempat berasa kehilangan yang sangat mendalam. Waktu itu berasa no reason to life, namun adanya Citra semuanya telah berubah.
Dia turut akui terpaksa memadam segala foto dan nama arwah isterina kerana baginya ianya tak adil bagi Dylan mahupun Citra jika tetap masih mengingati Dylan walaupun sudah ingin nikah.
Saya padam sebab rasa tak adil buat Dylan dengan namanya ada di bio tetapi saya memuat naik gambar gambar bersama Citra. Begitu juga bagi pihak Citra, saya berasa tak adil.
Sebelum ini hubungan Ifan dan Citra sempat menjadi hangat kerana insiden vokalis itu ‘ditangkap’ di kediaman wanita tersebut pada tahun lalu. Ifan adalah duda dengan satu anak sebelum menikah dengan bekas isterinya, Dylan. Citra juga janda satu anak yang kematian suami.
Sumber : Suara.com