berita

Kongsi Foto Hantaran, Ifan Seventeen & Citra Monica Bakal Nikah Tidak Lama Lagi

April 5th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, bekas vokalis kumpulan Seventeen iaitu Ifan pernah mengumumkan dia bakal menikahi kekasihnya iaitu Citra Monica pada pertengahan tahun ini. Dia akui juga telah memadamkan kesemua foto kenangan bersama arwah isteri, Dylan di laman Instagram untuk memberi ruang menerima kehadiran Citra Monica sebagai teman hidup baru.

Artikel berkaitan: Temui Pengganti Baru, Ramai Samakan Wajah Kekasih Ifan Seventeen Seperti Arwah Isteri

Artikel berkaitan: Bakal Nikah Tahun Ini, Irfan Seventeen Padam Semua Foto Arwah Isteri

Terbaru, meninjau di laman Instagram Ifan kelihatan dia memuat naik sekeping foto seperti sedang menghadapi persiapan pernikahan tidak lama lagi.

#janjihatiifancitra

Foto yang dikongsi Ifan menunjukkan beberapa dulang hantaran itu turut disertakan dengan kapsyen ringkas dan tanda pagar #janjihatiifancitra. Malah, di ruangan komen turut kelihatan rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Ifan yang dikatakan bakal bernikah bersama Citra tidak lama lagi.

Persiapan sudah 70%

Sementara itu, memetik laporan InsertLive, Ifan dan Citra kini sedang dalam proses persiapan untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka tidak lama lagi. Pasangan ini juga difahamkan telah selesai sesi fitting busana pengantin dan telah selesai menjalani penggambaran pre wedding.

Persiapan sudah 70 peratus. Beberapa persiapan yang besar sudah ada siap. Sudah dipastikan vendor-vendornya, Alhamdulilah…

Tambah Ifan lagi, dia telah mengenali Citra sejak di bangku persekolahan menengah lagi dan mereka mula bertemu rapat semula sejak Ogos 2020.

Sumber: Irfan Seventeen, InsertLive

SKIP THIS AD ×