Penyanyi dari Indonesia, Ifan Seventeen meluahkan rasa syukur kerana sering menerima undangan di Malaysia sejak kebelakangan ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Duet Lagu ‘Tennessee Whiskey’, Cakra Khan Kagum Dengar Kehebatan Suara Azharina
Artikel Berkaitan: Ifan Seventeen, Anggi Marito, Aliff Satar & The Locos Bakal Mencipta ‘Memori Terindah’
Artikel Berkaitan: Baru Sebulan Nikah, Ifan & Isteri Dah Buat Rawatan IVF Kerana Usia Semakin Lanjut
Hadir majlis Jimmy Choo dan Rafflesia
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Ifan berkata, sejak dua menjak ini dia perlu ulang alik dari Indonesia ke Malaysia bagi memenuhi jemputan untuk melakukan persembahan dan memeriahkan beberapa majlis tertutup.
Menurut Ifan, dia baru sahaja dijemput untuk menghadiri majlis ulang tahun kelahiran Prof.Datuk Jimmy Choo dan Rafflesia di Kuala Lumpur.
Alhamdulliah, saya gembira apabila dijemput datang ke Malaysia bagi memeriahkan majlis seperti ini. Ini merupakan majlis yang sangat besar dan saya teruja apabila dapat berjumpa ramai selebriti dan penyanyi dari Malaysia.
Semua baik-baik dan sangat peramah. Bahkan, suara mereka juga sangat sedap. Saya berpeluang untuk bersembang dengan Azharina, Bella Astillah dan beberapa pelakon baru sewaktu makan tengah hari.
Ifan yang sentiasa ditemani isteri tercinta iaitu Citra Monica, turut meluahkan rasa gembira dan berterima kasih kepada pereka fesyen kesayangannya iaitu Razman Razmi kerana sentiasa menyediakan suit dan texido yang cantik buatnya sepanjang menghadiri majlis di Kuala Lumpur selama ini.
Di sini (Malaysia) saya ada abang Razman Razmi yang akan menyediakan busana buat saya. Boleh dikatakan semua baju saya di sini mereka yang buatkan. Mereka dah macam sebahagian daripada team saya dan beberapa penyanyi Indonesia yang lain. Jadi, kami tidak perlu risau mengenai baju. Semua abang-abang saya yang siapkan.
Berbicara mengenai perkembangan karier, Ifan secara ringkas menjawab dia mempunyai beberapa perancangan dalam masa terdekat dan akan mendedahkannya tidak lama lagi.