Di kala netizen berkampung di Instagram pelakon Nur Fazura untuk memberikan kata-kata semangat. Lain pula ceritanya dengan apa yang terjadi kepada suami aktres itu, aktor Fattah Amin.
Artikel Berkaitan: Rakan Artis & Netizen Berkampung Di IG Fazura Titip Kata-Kata Semangat – ‘Harap Masih Boleh Diselamatkan’
Artikel Berkaitan: Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin Selepas 7 Tahun Kahwin
‘Pujuk Fazura’
Selepas berita Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah kecoh dalam media sosial, netizen mula menyerang Instagram aktor berusia 33 tahun itu.
Dapat dilihat, wargamaya seakan menyalahkan Fattah dan mendakwa dia punca rumah tangga mereka bergolak hingga membawa kepada perpisahan.
Tidak hanya itu, terdapat segelintir warganet yang meluahkan rasa kecewa terhadap Fattah dan berharap dia segera memujuk isterinya sebelum terlambat.
Warganet menasihati pasangan itu untuk mempertahankan rumah tangga yang di bina selama tujuh tahun demi satu-satunya anak mereka, Nur Fatima.
Terdahulu, media melaporkan Fazura sudah memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pada Jumaat.
Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai kes tersebut masih tidak didedahkan.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Instagram