Nama pelakon jelita, Ruhainies turut terpalit selepas dia didakwa merupakan pasangan wanita yang ditangkap berkhalwat bersama penyanyi, Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada awal pagi Sabtu.
IG Ruhainies diserang
Hasil tinjauan OhBulan! mendapati, ruangan komen Instagram Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas dipenuhi dengan pelbagai persoalan yang tertanya-tanya adakah benar pelakon itu merupakan individu yang dimaksudkan.
Malah mereka mendesak adik kepada pelakon Risteena itu agar membuka mulut dan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku. Tidak kurang juga, ada segelintir daripada wargamaya mula mengecam dan menuduh Ruhainies sebagai penyondol meskipun pelakon itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan.
Nama Ruhainies dipetik susulan dia dan Aliff terlibat sebagai pelakon utama sebuah drama bersiri yang kini sedang menjalani penggambaran.
Betul ke Ruhainies?
Wei Ruhainies ni ke yang dimaksudkan?
Kantoi check in
Harap bukan dia lah, minat kot dia ni. Suka cara dia cakap tapi apa-apa pun boleh jadi.
Sumber: Instagram Ruhainies