Kecoh dalam media sosial baru-baru ini berkenaan tangki air di rumah mewah Dato’ Aliff Syukri bocor sehingga membanjiri perabot yang baru dibelinya. Dato’ Aliff menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu perkara yang menyedihkan buat dirinya lalu mengambil keputusan menenangkan fikiran dengan bercuti ke London.
Terbaru, Dato’ Aliff telah memuatnaik satu video berdurasi 0:58 saat dimana dia dilihat sedang mengganggu seorang penyanyi jalanan yang sedang mengadakan persembahan di Portabello Road Market, London. Dalam video tersebut Dato’ Aliff menyanyikan lagu duetnya yang juga tular sebelum ini di media sosial.
‘Ignorant twat, tak ada adab’
https://www.instagram.com/p/BfBLLn2noDM/?taken-by=aliffsyukriterlajaklaris
Setakat ini, video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 183,956 dengan komen yang ditinggalkan sebanyak 529. Ini respon netizen.
Ramai berpendapat bahawa tindakan tersebut biadap dan menjengkelkan.
‘Please jangan malukan rakyat Malaysia’
Rata-rata komen meminta agar Dato’ aliff tidak membuat perkara-perkara yang memalukan sepanjang berada diluar negara.
‘Dato’ Aliff over confident‘
Namun, ada juga yang menganggap bahawa tindakan tersebut adalah satu tindakan yang berani dan sekadar untuk membuat lawak sahaja. Apa-apa pun pasti Dato’ Aliff sedar akan tindakannya dan tahu mana yang baik atau buruk.
Credit: @aliffsyukriterlajaklaris