berita

‘Iklankan’ Rakan Cari Jodoh Di Shopee Serendah RM1.70 Siap Free Postage

May 13th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Kewujudan media sosial bukan sahaja berfungsi sebagai medium komunikasi malah ianya juga sudah menjadi satu trend di mana orang ramai menggunakannya sebagai platform untuk mencari jodoh.

Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila seorang remaja bergurau dengan mempromosi dan mengiklankan rakannya di aplikasi Shopee.

Cari jodoh di Shopee

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik seorang pengguna Facebook iaitu Wawa Rahman memaparkan ‘screenshot’ yang ditemuinya di aplikasi Shopee. Lebih menghiburkan apabila harga yang ditawarkan untuk memiliki gadis ini hanya bernilai RM1.70 siap free postage dari Tanjung Malim, Perak lagi!

Bukan itu sahaja, butiran tentang gadis ini juga sangat melucukan dimana rakannya itu mengklafikasikan gadis ini sebagai ‘material leather’. Karakter dan personaliti gadis ini turut dikongsikan dengan menyifatkan dia seorang anak yang baik dan mampu membimbing pasangan ke syurga. Yang paling penting gadis ini tidak membawa sebarang virus.

Respon lucu netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan idea lucu yang terlintas oleh rakan gadis yang ditawarkan di Shopee itu. Ada juga dalam kalangan mereka yang bergurau dengan menawarkan mas kahwin sebanyak RM300. Tidak cukup dengan itu, ada yang turut bertanya sekiranya individu ini ada membuat Cash On Delivery (COD) kerana menggunakan sistem pos mengambil masa yang agak lama lebih-lebih lagi pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

‘Done order’

Sumber: Wawa Rahman

SKIP THIS AD ×