Pelakon tampan, Ikmal Amry mengakui tidak menyesal mengambil keputusan untuk berkahwin di usia muda dan ketika itu namanya sedang di puncak populariti.
Artikel Berkaitan: Kos Baiki Kereta Dalam RM75,000, Ikmal Amry Trauma Nak Pandu Sendiri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aku Mati Nanti Siapa Penuhkan Saf?’ – Fimie Don Kongsi Erti Sahabat & Kematian, Netizen Sebak
Tak menyesal kahwin muda
Ikmal atau nama lengkapnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 30, berkata, dia sebaliknya meluahkan rasa syukur kerana perkahwinan banyak mengajarnya erti kehidupan.
Saya memutuskan untuk berkahwin ketika nama saya sedang berada di puncak. Bagi seorang lelaki, 26 tahun adalah lingkungan usia kita sedang sibuk mengejar impian.
Ketika itu, kita sedang berada di fasa pandemik. Saya tidak menyesal dengan keputusan tersebut. Sebaliknya, saya sangat bersyukur kerana buat keputusan berkahwin awal.
Melalui perkahwinan ini, saya dapat belajar tentang kehidupan, susah payah, kesabaran dan macam-macam lagi. Perkara-perkara inilah yang buatkan diri saya bertambah baik.
Ikmal berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama bersiri From Saga With Love 2 yang berlangsung di TRX, baru-baru ini.
Berkongsi lanjut, bekas peserta Hero Remaja 2017/2018 memberitahu, rezekinya dalam bidang seni turut mencurah selepas dia bergelar suami.
Selepas berkahwin, rezeki saya lebih mencurah-curah. Macam-macam cara Allah hantarkan rezeki dan bukan sahaja daripada bidang lakonan.
Alhamdulillah, saya sentiasa rasa cukup walaupun tidak kaya raya. Itu yang membuatkan saya sentiasa bersyukur.
Sekadar info, Ikmal mendirikan rumah tangga dengan Najla Shamsul Kamarr pada 2020, hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata.