berita

Ikut Cara Ni Kalau Nak Menang Tiket Wayang Secara Percuma, Boleh Tengok Zizan Jadi Duda!

December 29th, 2018 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

zizan razak dan marsha aruan dalam filem Kesempatan Keduda

Dah nak masuk tahun 2019 kan? Korang mesti dah ada movie  yang korang nak tengok sangat. Genre yang macam mana korang suka? Admin suka je semua movie, asalkan ada orang belanja. Hehe.

Sebenarnya, ada movie  terbaru dari Indonesia yang akan ditayangkan di Malaysia tak lama lagi. Ada artis Malaysia berlakon pulak tu. Dengar cerita, artis tu memang kelakar gila. Movie  apa tu ek?

Filem komedi Indonesia, “Kesempatan Keduda” akan ditayangkan di Malaysia!

RA Pictures kembali dengan filem genre drama komedi terbaru bertajuk “Kesempatan Keduda“. Filem ni akan ditayangkan secara rasmi di Malaysia pada 3 Januari 2019. Konsep filem ni dinspirasikan dari Raffi Ahmad. Mesti best!

Filem arahan Awi Suyardi ni ada artis Malaysia berlakon sekali tau. Korang dah tengok kan poster filem kat atas tadi. Takkan tak kenal kot. Pelawak meletop kat Malaysia tu!

Zizan Razak sebagai watak utama, mesti kelakar gila!

zizan razak dan raffi ahmad dalam filem Kesempatan Keduda

Eh, ada Zizan la! Filem “Kesempatan Keduda” menampilkan khas pelawak meletop dari Malaysia, iaitu Zizan Razak sebagai watak utama! Admin memang minat kalau tengok Zizan berlakon. Tak gelak sampai terguling, memang tak sah!

Dalam filem ni, Zizan akan berganding bersama Raffi Ahmad! Chemistry  menarik ni. Barisan pelakon terkenal dari Indonesia pun ada. Antaranya Dinda Kanya Dewi, Nagita Slavina, Cut Meyriska, Marsha Aruan, Bastian Steel, Aqilla Herby dan ramai lagi.

Korang mesti dah mula tertanya filem ni pasal apa kan? Sini admin cerita sikit kat korang.

Macam mana duda move on  dan cari cinta baru?

zizan razak dan raffi ahmad dalam filem Kesempatan Keduda

Filem “Kesempatan Keduda” menceritakan tentang Abi (Raffi Ahmad) dan Ken (Zizan Razak) yang menceraikan isteri masing-masing di pejabat mahkamah agama. Baru tahu macam mana perasaan seorang lelaki bergelar duda. Dalam hati, ada taman beb.

Abi dan Ken dipertemukan di kedai kopi dan share  cerita masing-masing. Akhirnya, diorang sepakat untuk move on  dari masa lalu. Bak kata orang putih, let bygones be bygones. Diorang pun mengembara untuk mulakan hidup baru.

zizan razak dan marsha aruan dalam filem Kesempatan Keduda

Pada masa yang sama, Abi dan Ken cuba merealisasikan impian diorang untuk dapatkan pengganti. Paling penting, cantik dan ideal. Diorang pun berjumpa dengan Syafa (Cut Meyriska) dan Dianti (Marsha Aruan) sebagai pasangan hidup baru.

Boleh ke Abi dan Ken yang menjadi duda ni move on  dari kisah lalu? Filem ni ada pengajaran tersendiri. Kalau nak tahu, kena la tengok filem “Kesempatan Keduda” yang akan ditayangkan di pawagam pada 3 Januari 2019.

Tak sabar nak tunggu movie  ni on air? Okay, korang dengar ni. Admin ada benda menarik nak bagitahu korang..

Berpeluang menang tiket untuk tonton filem “Kesempatan Keduda” secara percuma!

zizan razak dan raffi ahmad dalam filem Kesempatan Keduda

Mana yang kaki movie  tu? Jom join contest  menarik ni. Korang berpeluang menang DUA TIKET WAYANG untuk tonton filem “Kesempatan Keduda” dalam siaran media secara percuma! Seramai 10 orang pemenang bertuah akan dipilih tau. Syoknya!

Macam mana cara nak menang? Senang sangat. Meh admin ajar. Ikut je langkah demi langkah kat bawah ni okay?

Langkah 1 : Like  Facebook Page A E (klik sini untuk like)

Langkah 2 : Tag  rakan Facebook korang dan nyatakan kenapa korang nak sangat tengok movie  ni.

Langkah 3 : Share  di timeline  Facebook korang.

Senang kan caranya? Lagi best  kalau korang pakat dengan kawan korang untuk join contest  ni sekali. Mana la tahu boleh menang sama-sama. Siaran media untuk filem “Kesempatan Keduda” akan diadakan pada 2 Januari 2019. Cuba la nanti!

Ni info siaran media untuk filem tu. Take note  ya.

Media Screening <Kesempatan Keduda>
Tarikh: 2 Januari 2019 (Rabu)
Tempat: MMcineplexes E@curve, Mutiara Damansara
Masa: 9 malam

Agak-agak macam mana gandingan Zizan Razak dan Raffi Ahmad dalam filem “Kesempatan Keduda” ni? Mesti kelakar habis. Jom la tengok. Kita gelak sampai pecah panggung eh!

SKIP THIS AD ×