berita

‘Ikut Je Permintaan Lelaki’ – Tersentak & Jerit Minta Tolong Selepas ‘Ditiup’, Gadis Ini Rupa-Rupanya..

October 2nd, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Walaupun zaman sudah semakin maju, ada sesetengah individu masih menggunakan ilmu sihir untuk mendapatkan apa yang dihajati dengan cara mudah. Malah, ada yang sanggup ‘meniup’ sihir supaya pasangan tunduk kepada arahannya.

Seperti perkongsian Muhammad Amirul Amir, dia melihat gadis tempatan bersama seorang lelaki warga asing dalam keadaan mencurigakan. Gadis berkenaan mengikut apa sahaja yang disuruh teman lelaki tanpa membantah.

Ikut je permintaan lelaki

Kerap tak kita tengok warga asing yang bercinta dengan gadis tempatan kita Melayu yang bertudung labuh, berbaju kurung, yang sopan santun. Contoh macam pakistan, bangla, nepal bercinta atau berjalan berpegangan tangan seolah-olah mereka adalah sah.

Okay pagi ni saya nak cerita tentang pengalaman saya semasa saya ada tugasan luar. Sewaktu saya berjalan ke bandar, saya ada ternampak sepasang kekasih lebih kurang macam itu la. Terasa dalam hati ni nampak macam pelik bila melihat gadis tu. Boleh je ikut permintaan apa yang lelaki ni nak. Si perempuan ni keluarkan je duit dalam keadaan senyum. Memang sengaja saya perhatikan gelagat diorang. Berjalan sambil berpimpinan tangan.

Terdetik di hati ingin membacakan ayat perbatal sihir dan juga ayat-ayat lazim yang kita baca. Dan tiupkan pada tubuh badan pasangan tersebut. Ternyata benda yang tidak disangka-sangka, perempuan itu tersentak macam terkejut yang tangan dia dipegang oleh lelaki yang tak dikenali. Terus menjerit meminta tolong. Baru saya tahu rupa-rupanya lelaki tadi sudah memukau perempuan Melayu menggunakan teknik sihir.

Dicuit ketika bercuti ke Lombok

Wahai kakak adik abang. Ingatkan pesanan ambe ni. Belajarlah ilmu-ilmu untuk pertahankan diri daripada terkena panahan sihir. Pada tahun 2018, awal tahun saya ditugaskan untuk membawa pulang gadis Melayu Malaysia yang mengikut lelaki Lombok semasa pergi bercuti ke sana bersama keluarga. 7-8 tahun dia di sana. Pihak keluarganya berjumpa saya dan ceritakan hal sebenar. 7-8 yang lalu dia bersama anak perempuan dia pergi bercuti ke Lombok. Selepas disentuh atau dicuit oleh lelaki sana perempuan tadi tidak mengenali lagi keluarganya.

Dan terus mengikut lelaki tersebut, 7-8 tahun juga mereka lost contact. Alhamdulillah pada tahun 2018 saya berjaya membatalkan sihirnya dengan izin Allah. Dan juga atas bantuan sahabat-sahabat roqy di sana. Alhamdulillah perempuan tersebut sudah balik ke pangkuan keluarganya.

Dijadikan hamba, sara keluarga

Bayangkan kehidupan di sana sangat-sangat susah. Dia dijadikan sebagai hamba. Dia yang bekerja menyara keluarga. Kawan-kawan sahabat semua belajar dan ketahuilah serba sedikit ayat-ayat dan doa-doa pelindung diri yang nabi ajarkan. Amalkan apa yang nabi ajar agar diri kita tidak mudah terkena sihir.

Ada lagi masih tidak percaya dengan sihir-sihir ni. Kawan-kawan sihir ni tidak pernah habis selagi zaman semakin canggih semakin banyak ilmu-ilmu sihir ni. Nabi muhammad pun penah di sihir oleh seorang pemuda yahudi satu ketika dahulu. Itu nabi. Apatah lagi diri kita ni.
Jadi renung-renungkan dan selamat beramal.

Ikhlas dari sy.
M.A.A
IntegrityNuraniIslamic
RawatanRuqyahSyar’iyyah

Sumber : Muhammad Amirul Amir

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×