berita

Ikut Sangat Cakap Hael, Yonny Boii Pasrah Terpaksa Duet Dengan Penyamar Dalam ICSYVM

May 31st, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pejam celik pejam celik, program realiti mencari penyanyi sebenar I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM) musim keempat sudah memasuki episod ketiga semalam. Program yang diadaptasi daripada program hiburan popular Korea Selatan itu masih mengekalkan dua pengacara yang sama iaitu Shuk Sahar dan Sean Lee.

Dalam episod semalam, ICSYVM telah menampilkan penyanyi, Yonny Boii sebagai artis jemputan. Manakala, Sissy Imann, Izzue Islam dan Hael Husaini sebagai penyiasat jemputan. Kesemua penyiasat tersebut juga dibantu oleh penyiasat tetap iaitu Jihan Muse dan Fad Bocey.

Duet bersama penyamar

Menerusi episod ketiga semalam, Yonny Boii dilihat melakukan percaturan yang betul kerana menyingkirkan penyamar di pusingan pertama. Namun, percaturan tersebut semakin kurang baik apabila Yonny menyingkirkan keempat-empat penyanyi sebenar di pusingan kedua dan ketiga. Di akhir rancangan ICSYVM, Yonny Boii terpaksa akur bahawa rakan duetnya merupakan seorang penyamar.

Penyamar yang dikenali sebagai Anis Izzaty ini telah berjaya mengelirukan kesemua penyiasat termasuk Yonny sendiri. Oleh itu, dia berjaya membawa pulang RM3000 sebagai hadiah di akhir rancangan tersebut.

Kesalahan berkait rapat dengan Hael

Kesalahan Yonny berkait rapat dengan Hael. Dua penyanyi out pasal Hael dan harapan untuk dapat penyanyi terakhir pun dia reject peserta yang Hael backup. Sudahnya tinggal penyamar. Semua pun tau yang last tu memang penyamar.

Ada empat penyanyi sebenar tapi semua disingkirkan oleh Yonny Boii ni. Potensi boleh dapat duet dengan penyanyi sebenar tinggi tadi.

Kenapa Yonny Boii ikut cakap Hael berbanding naluri sendiri. Apapun penyamar terakhir tu memang sempoi bawa lagu ‘Kelabu’.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram terhadap Yonny Boii. Ini kerana, episod tersebut menampilkan lebih daripada separuh peserta merupakan penyanyi sebenar. Jelas netizen, Yonny terlalu mengikut pandangan Hael semasa sesi pemilihan dilakukan. Bahkan, ada pendapat yang berbeza daripada empat orang penyiasat yang lain.

Sumber: TV3 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×