Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rata-rata rakyat Malaysia kini memulakan budaya kerja baru iaitu bekerja dari rumah ataupun work from home (WFH). Bunyi macam seronok dan santai kan, tapi sebenarnya ada banyak gangguan dan satu daripadanya adalah sambungan internet yang perlahan!
Prihatin dengan setiap keluhan korang tu, Celcom nak kongsi cara untuk mengurangkan penggunaan data, supaya semua orang boleh menikmati sambungan data mudah alih yang pantas!
Cari tempat yang sesuai untuk letakkan router
Kalau korang nak tahu, kedudukan router memang mainkan peranan yang sangat penting untuk kelajuan WiFi. Untuk meminimumkan gangguan sambungan WiFi, korang boleh cuba letakkan router di tengah-tengah rumah, di kawasan tanpa dinding, objek logam atau peralatan tanpa wayar lain.
Korang juga boleh letakkan router di tempat tinggi seperti di atas rak kerana router menyalurkan isyarat Internet ke bawah. Bagi yang tertanya-tanya apa perbezaan antara WiFi 5GHz dan 2.4GHz, jom ikut tips yang admin nak bagi ni:
5GHz: Pilih jalur 5GHz apabila korang bekerja rapat dengan router
2.4GHz: Pilih 2.4GHz apabila korang bekerja jauh dari router ataupun berada di dalam bilik lain
Sekat semua iklan (ads) di browser korang
Salah satu lagi cara untuk mengurangkan penggunaan jalur lebar internet adalah dengan menyekat iklan di browser telefon pintar korang. Penyekatan iklan dapat membantu menjimatkan penggunaan data, terutamanya apabila korang menggunakan hotspot mudah alih ketika melakukan kerja atau menggunakan aplikasi lain.
Nah admin kongsikan langkah untuk setkan penyekatan iklan di telefon pintar korang. Mudah je!
Untuk pengguna Android:
Cari ‘Google’ dalam Settings> Klik pada ‘Google’> Klik pada ‘Ads’> Setkan ‘Opt out of Internet-based ads / Opt out of Ads Personalisation’
Untuk pengguna iPhone:
Matikan ‘Ad Personalisation’ di bawah ‘Ad Personalisation panel and settings’
Padam aplikasi yang jarang digunakan!
Korang tahu tak, ada beberapa aplikasi yang menggunakan data walaupun semasa korang tak menggunakannya. Bukan itu je, ia juga boleh mengambil memori yang banyak dalam telefon pintar korang.
Cuba korang check balik aplikasi dalam telefon pintar yang korang memang jarang sangat guna dan kalau aplikasi tu boleh diakses di laptop atau PC, baik korang delete je. Jimat data dan ruang!
Elakkan Auto-Sync untuk aplikasi yang jarang digunakan
Ramai sebenarnya yang suka Auto-Sync laptop atau telefon pintar kepada aplikasi yang sering digunakan di tempat kerja, tapi sebenarnya ia boleh melambatkan internet korang tau!
Jadi, pastikan korang matikan fungsi Auto-Sync di aplikasi-aplikasi yang korang jarang guna seperti iCloud, Dropbox, Google Drive, Slack dan Todoist.
Pasangkan kabel ethernet untuk sambungan yang lebih pantas!
Pernah tak bila ada meeting atau presentation melalui Zoom, tiba-tiba connection korang terputus ataupun tersekat-sekat? Leceh kan macam ni? Cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ni adalah dengan menggunakan kabel ethernet untuk sambungan ke internet.
Kabel ethernet menyambungkan peranti seperti komputer, laptop, tablet, dan lain-lain ke rangkaian, yang membolehkan korang mempunyai akses internet. Di samping lebih stabil dan konsisten, sambungan kabel ni boleh meningkatkan kelajuan internet sehingga dua atau tiga kali ganda tau!
Muat turun secara manual dari strim secara online!
Admin cukup suka aplikasi yang ada fungsi offline mode, dimana ia membolehkan kita menonton siri TV kegemaran atau mendengar playlist lagu tanpa disambungkan ke Internet, contohnya, YouTube, Spotify Premium, atau Netflix. Lebih jimat data bila strim secara online.
Sebelum tidur, bolehlah korang download siap-siap movie pilihan korang dan esok boleh terus tengok je. Takdelah leceh nak tunggu bila buffering.
Lagi satu, jangan lupa untuk matikan fungsi auto play, auto download dan auto save di telefon pintar korang, sama ada di platform penstriman atau aplikasi media sosial, sebab ia dapat menyekat kelajuan internet korang.
Strim dengan selamat!
Memandangkan internet dah jadi suatu keperluan buat masa sekarang, penting untuk memastikan korang sentiasa dilindungi dan elakkan dari menjadi mangsa scammers di luar sana!
Begitu juga dengan virus internet dan malware dengan memuat turun perisian antivirus sepeti Avira, Mcafee, Bitdefender dan lain-lain, serta sentiasa memadam cache. Bagi korang yang ada anak, pastikan peranti mereka mempunyai fungsi kawalan ibu bapa dan sekat laman web yang tidak bersesuaian.
Sentiasa reset router!
Berapa kali dalam seminggu korang reset router dan modem di rumah? Kalau tak pernah tu, seelok-eloknya reset router 2 atau 3 kali seminggu kerana sambungan WiFi korang boleh terganggu selepas digunakan terlalu lama ataupun apabila disambungkan kepada banyak peranti.
Lepas reset router, mesti korang akan rasa kelainan terhadap kelajuan sambungan WiFi dan secara tak langsung, dapat membantu meningkatkan produktiviti kerja korang!
Duduk di rumah dan kekal berhubung dengan yang tersayang!
Walaupun bekerja dari rumah, tapi sekali sekala luangkanlah sedikit masa untuk diri sendiri dengan berehat dan lapangkan emosi serta minda korang dari perkara negatif.
Jalankan peranan korang, #StayIn dan tenang di rumah serta jangan lupa berikan sokongan korang dengan menyertai kempen dari Celcom iaitu muat naik gambar #StayIn di laman sosial masing-masing dengan kapysen ‘We #StayIn As One, We Stay Safe’. Gambar boleh dimuat turun melalui http://stayin.com.my/
Kekal berhubung dengan melanggan pas Internet melalui aplikasi Celcom Life atau dengan mendail *118# hari ini! Untuk maklumat lanjut, layari laman web Celcom.
#StayInToStaySafe #DudukRumah