Gambar sekadar hiasan

Seorang imam ditikam oleh individu yang tidak dikenali semasa mengimamkan solat subuh kira-kira pada jam 5.30 pagi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imam Diserang Lelaki Kurang Siuman, Cuba Pukul Guna Selipar

Artikel Berkaitan: Berang Disuruh Jimat Air, Suami Sanggup Tikam Isteri Berkali-Kali

Suspek cuba lari

Foto: CNN US

Kejadian yang berlaku di Masjid Omar di Paterson Selatan, New Jersey, Amerika Syarikat itu menyaksikan mangsa, Imam Sayed Elnakib telah diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali lalu menikamnya sebanyak dua kali.

Setelah itu, suspek cuba untuk melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh jemaah lain dan  diserahkan kepada pihak polis.

Datuk Bandar Paterson Andre Sayegh memaklumkan bahawa imam itu berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti St. Joseph. Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa sejurus selepas insiden itu.

Sementara itu, suspek juga telah ditahan namun motif kejadian masih belum diketahui.

Dalam pada itu, jurucakap masjid tersebut, Abdul Hamdan berkata seramai 200 orang jemaah sedang menunaikan solat menyaksikan kejadian tersebut. Dia juga percaya bahawa insiden itu adalah satu kes terpencil dan menjamin bahawa masjid tersebut masih selamat untuk orang awam melaksanakan ibadah.

Sumber: CNN