Imam Masjid Jamek Pasir Pelangi di Johor Bahru meninggal dunia ketika bermain badminton di Dewan Li Chi dekat Kampung Abdullah, malam kelmarin.
Imam meninggal ketika main badminton
Allahyarham Nur Nikman Yusof yang berusia dalam lingkuan 40an itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas selepas bermain badminton set pertama bersama rakannya.
Menurut rakan arwah dan beberapa saksi, ketika kejadian, mereka terdengar bunyi jatuh yang kuat dari tandas dan arwah ditemui luka di dahi dipercayai rebah serta tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, rakan arwah telah menghubungi Paramedik Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk mendapatkan bantuan kecemasan.
Pemeriksaan petugas perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Hasil siasatan tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Berita Harian